innity

pages

Saturday, December 17, 2016

1MDB: Individu Ke-2 DIPENJARA di Singapura, Di Malaysia Masih Siasat


Siri : 600
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

PESALAH KEDUA DIHUKUMI MAHKAMAH SINGAPURA DALAM SKANDAL 1MDB !!

1. Pada hari Jumaat, 16.12.2016, seorang lagi bekas pegawai Bank BSI di Singapura yang telah dituduh di Mahkamah Singapura bersabit dengan kesalahan bersubahat dalam pemalsuan dokumen dan kegagalan dalam melaporkan transaksi yang mencurigakan, berkaitan transaksi perbankan JHO LOW, yang dipercayai dalang dalam skandal penyelewengan dana 1MDB, telah MENGAKU SALAH !!
2. Yvonne Seah Yew Foong, kemudiannya dijatuhkan HUKUMAN penjara dua minggu dan denda S$12 ribu, oleh Mahkamah Singapura !! ( Laporan MALAYSIAKINI 16.12.2016 : https://www.malaysiakini.com/news/366313 )
3. SABITAN dan HUKUMAN ini adalah yang KEDUA di serata dunia berkaitan dengan penyelewengan dana dan pengubahan wang haram dalam skandal 1MDB, selepas Yak Yew Chee, bekas pegawai atasan Yvonne Seah Yew Foong dalam BSI didapati bersalah dan diHUKUM penjara 18 minggu dan denda S$24 ribu pada bulan lepas, untuk kesalahan yang hampir sama, oleh Mahkamah Singapura juga, sebelum ini !!
4. Banyak lagi PERTUDUHAN dan SABITAN serta HUKUMAN dijangka akan muncul selepas ini berkaitan skandal 1MDB di serata dunia, berlanjutan daripada pelbagai siasatan yang telah dimulakan, dan ada yang sudah ditamatkan antara lain, di Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg dan Singapura !!
5. PERSOALANnya : Bilakah pihak berkuasa SIASATAN JENAYAH MALAYSIA akan menyelesaikan siasatan DALAM NEGARA MALAYSIA dan bersedia memohon pertuduhan terhadap mana-mana PESALAH untuk dimulakan oleh "PEGUAM NEGARA" MALAYSIA, sedangkan NEGARA LUAR, yang bukanlah secara langsung menjadi mangsa SKANDAL 1MDB, sudahpun jauh ke hadapan dari PIHAK BERKUASA MALAYSIA dalam pengambilan tindakan jenayah terhadap MEREKA YANG BERSALAH ?? !!!
6. JAWABAN DARI PIHAK BERKUASA MALAYSIA SELAMA INI : Siasatan sedang dijalankan - "KHALID ABU BAKAR" !!!! (Sejak Disember 2014 sehingga kini - Sudah lebih 2 TAHUN !!!) (Video Kanan Atas). Ditambah dengan pelbagai LAUNGAN RETORIKA disulami MELODI berPUISI untuk JAUHI RASUAH dan SALAHGUNA KUASA - "DZULKIFLI AHMAD - SPRM" !!!! (Video Kanan Bawah).
7. HAKIKAT SEBENAR : Setiap saat PIHAK BERKUASA MALAYSIA melengahkan tindakan terhadap mana-mana PESALAH DALAM NEGARA berkaitan SKANDAL 1MDB, bertambah MEROSOTnya MARUAH MALAYSIA di khalayak ANTARABANGSA, dan SUKAR DITANGGUNG Rakyat MALAYSIA lagi !!!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!!

7 comments:

  1. apa barang ...penjara hanya 2 minggu jer...hapuskan parti mahathhir

    ReplyDelete
    Replies

    1. 11.04, setidak-tidaknya mereka yang bersalah telah diheret dan didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman.

      Di negara ini??? Apa yang dibuat oleh KPN, SPRM dan AG???

      Sokonglah lagi parti dan kerajaan kleptokrat, penyamun dan lanun. Dapat duit haram boleh bagi makan keluarga kamu dan keturunan kamu akan berbahagia.

      Delete
    2. Hapuskan parti Najib lagi baik.

      Delete
  2. Anon 11.04.... apa barang... penjara 2 minggu je tu sbb pesalah akan menjadi saksi pihak pendakwa utk perbicaraan kes seterusnya...ada reti?...
    Hapuskan Najib dan Umno dgn kau sekali!!...

    ReplyDelete
  3. Jho Low .... tok dalang dalam cerita skandal penyelewengan DANA 1MDB ?????
    PMO1 jelaskan Jho Low tak bersalah?????
    Makan asap , hidu asap , kena mata pedih dan tidur dalam asap. Singapura yang panggang.. Malasia dapat cium bau asap. Kat Malaysia tak dibenarkan pembakaran terbuka

    ReplyDelete
  4. Kes di singapura ni kes 1mdb ker..atau pemalsuan dokumen bank di sana?.. pegawaii bank singapura rasuah tu...patutlah dia kena..apa kaitan dgn undang-undang msia dan rakyat kita..jgn lah ganggu gugat rakyat dan kehakiman sgapura..itu hal mereka..tak payah nak hebuh lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemalsuan dokumen dan rasuah berkaitan dana dari sumber 1mdb... Tak yah spin laa ngok...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com