innity

pages

Sunday, November 6, 2016

[VIRAL MAYAT PALSU] Budak diculik jual organ berita palsu - Polis


KUBANG PASU: Polis mengingatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita palsu mengenai penculikan kanak-kanak untuk dibawa ke Thailand bagi tujuan perdagangan organ. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata berita dan foto yang tersebar mengenai perkara itu yang didakwa berlaku di Bukit Kayu Hitam, sehingga menjadi viral di media sosial sudah lapuk dan tidak berlaku. 

Katanya, kawalan ketat dan operasi polis bersama pelbagai agensi keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand menyukarkan sindiket penculikan melakukan kegiatan itu. 

"Saya nasihatkan supaya berhenti sebar kes itu dan orang ramai pula jangan terlalu mudah mempercayai apa juga kejadian yang disebar sehingga viral di laman sosial. 

"Kalau mereka ragu-ragu, tanya terus pada kami (polis) untuk dapatkan kesahihan setiap laporan yang dimuat turun melalui laman sosial," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program High Profile Policing (HPP) Bersama Masyarakat Padang Sera di Dewan Orang Ramai Kampung Keda, di sini, hari ini. -BH online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com