innity

pages

Friday, November 4, 2016

[TUNJUK PERASAAN BESAR-BESARAN] Jakarta lumpuh hari ini


Jakarta: Puluhan ribu masyarakat Islam Indonesia berarak di jalanan ke Istana Presiden di sini, mendesak Gabenor Jakarta meletak jawatan serta dibicarakan kerana didakwa menghina al-Quran.
Polis mengerahkan 16,000 anggota dengan tambahan 2,000 tentera bagi mengawal keadaan di Jakarta yang kini tegang dengan kedutaan asing ditutup selepas mengarahkan rakyatnya mengambil langkah berjaga-jaga. Banyak kedai ditutup dan jalan raya yang biasanya sesak, kelihatan lengang
Ramai anggota polis dan tentera, sesetengahnya bersenjata lengkap kelihatan berkawan di pusat beli-belah serta lokasi penting lain.

Bantahan diketuai Barisan Mempertahankan Islam, menuntut Basuki Tjahja Purnama, etnik Cina beragama Kristian - orang pertama bukan Islam menjadi Gabenor Jakarta - dibicarakan.
Gabenor Jakarta yang lebih dikenali dengan nama Ahok itu dikatakan mempertikai Surah Al Maidah dalam al Quran ketika berkempen di Pulau Seribu, bulan lalu.
Kemungkinan tertekan untuk mendapat undi dari kalangan umat Islam, Ahok dalam kempennya ketika bertemu pengundi di Pulau meminta umat Islam tidak terpedaya oleh golongan tertentu yang menggunakan ayat al-Quran dalam Surah Al Maidah yang menyebut umat Islam tidak boleh memilih kalangan bukan Islam sebagai pemimpin mereka.


Walaupun Ahok kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan tidak bermaksud menghina Islam namun ia tetap menjadi isu panas dan badan bukan kerajaan berasaskan Islam termasuk pertubuhan sangat berpengaruh iaitu Muhammadiyah, mahukan Ahok dikenakan tindakan.
Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam kenyataannya berkata, ucapan Ahok sememangnya menyalahi undang-undang kerana dianggap menghina al-Quran.
Seorang peserta bantahan itu, Muhammad Said, berkata: “Dia bukan Islam tetapi menghina al-Quran. Jangan merujuk kepada apa saja dalam a-Quran, terutama jika membuat tafsiran yang salah.”
Nasrullah Achmad yang datang dari Bekasi bersama kumpulannya, berkata: “Kami datang untuk mempertahankan al-Quran.
Hanya satu boleh menghentikan kami. Tangkap Ahok.”
Ahok yang mempunyai hubungan baik dengan Presiden Joko Widodo sedang berkempen untuk penggal kedua Gabenor Jakarta dan beliau popular dalam kalangan penduduk kelas pertengahan, dianggap rajin bekerja dan gigih membanteras rasuah.
Televisyen Indonesia menunjukkan beliau melawat kawasan lain di Jakarta dan berbual dengan penduduk.

1 comment:

  1. Inilah yang saya impikan untuk hancur guling musnahkan najib bn umno

    Bencana jika tak fi hancurkan bn umno najib
    Keris pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com