innity

pages

Saturday, November 19, 2016

Tun M tiba di TANAH AIR, TERUS Menuju Dataran Merdeka bersama TS Muhyiddin, DS Mukhriz


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah kembali ke tanahair dan akan menyertai perhimpunan Bersih5 di ibu negara.
Pembantunya, Sufi Yusof berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menghadiri persidangan di Sudan telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang pada 12.30 tengah hari.
"Beliau turun dari pesawat dengan memakai kemeja-t kuning Bersih5 di lapisan atas kemeja putih berkolarnya.
"Beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sekarang," kata Sufi.
Difahamkan, bersama Dr Mahathir adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pada Rabu, Dr Mahathir menerusi video mengajak rakyat Malaysia menyertai perhimpunan itu.
Tahun lalu, Dr Mahathir menyertai Bersih 4 bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com