innity

pages

Saturday, November 12, 2016

Tun M: Strategi 1 parti, 1 logo, 1 manifesto, 1 calon tewaskan BN


SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya satu cara saja untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) iaitu dengan bersatu – pakatan pembangkang perlu berdaftar sebagai satu parti, guna manifesto dan logo yang sama.
Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata pakatan pembangkang perlu bersatu dan meletakkan seorang calon dalam pilihan raya tanpa mengira daripada DAP, PKR, Amanah atau PPBM.
“Dia adalah calon kita dan kita akan sokong (dalam pilihan raya). Dengan itu kita akan dapat kemenangan.
“Kalau kita teragak, (kalau) guna (logo) mana-mana parti mungkin ada yang tak sanggup undi. Mungkin dia sokong pakatan tapi (kata) ‘undi parti tu kami tak sanggup’,” katanya ketika berucap di Konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Bekas perdana menteri itu berkata sepanjang beliau menjadi pengerusi BN dan memenangi 5 pilihan raya dengan keputusan dua pertiga, kemenangan itu bukan kerana kerjasama dalam BN yang kuat, tetapi kerana parti lawan berpecah.
Katanya, parti lawan banyak kelemahan pada masa itu menyebabkan kemenangan berpihak kepada BN.
“Macam BN, guna dacing, sebelum itu kapal layar. Jadi tidak ada lagi identiti dengan parti mana sebab itu mereka menang. Dan kita perlu guna strategi yang sama,” katanya.
Dalam ucapan sama, beliau juga mengesahkan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan menolak dakwaan kononnya Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin keberatan menyertai Pakatan Harapan, kerana ingin bekerjasama dengan PAS.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com