innity

pages

Wednesday, November 2, 2016

Tinjauan Sinar Harian: Minyak masak: RAKYAT MULA RASA BEBAN, Najib 8 Menteri 3 MB, KM HAPPY di Beijing


Hasil tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya sekitar Puncak Alam, Subang dan Putrajaya mendapati tiada bekalan minyak masak untuk dibeli pelanggan.

Rak yang biasanya dipenuhi botol-botol minyak pelbagai saiz kosong, menyebabkan pengguna bingung kehabisan minyak masak untuk kegunaan harian.

Sementara itu, minyak masak paket plastik satu kilogram juga sukar diperoleh dan hanya boleh di dapati kedai-kedai runcit namun dalam jumlahnya terhad.

Difahamkan, bekalan minyak masak kini dalam proses penghantaran dan dibekalkan ke kawasan yang benar-benar memerlukan.

Sesetengah peniaga pula mendakwa, pengeluar minyak bertindak menyimpan bekalan minyak sedia ada untuk beberapa hari ini sehingga harga minyak naik, bermula semalam.

Sementara itu hasil tinjauan di beberapa pasar raya lain pula mendapati, harga minyak dalam botol 500gram hingga lima kilogram naik antara 30 hingga 40 peratus berbanding sebelum ini.

Seorang pengguna dari Klang, Nor Asyikin Mohd Azali, 31, berkata, sejak beberapa minggu lalu, bekalan minyak masak memang susah didapati di pasar raya.

“Ada yang mengatakan stok tak ada. Segelintir peruncit pula hanya membenarkan setiap pelanggan beli satu pek minyak masak sahaja. Ia memang menyusahkan dan membuatkan pengguna tertekan,” katanya.

Noreen Azleen Mahmodah, 31, pula berkata, minyak masak dijual dengan harga jauh lebih tinggi berbanding biasa.

"Ada minyak masak botol seberat dua kilogram berharga RM13.35 sekilogram sebelum ini,  kini dijual RM20,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga minyak masak pasti memberikan kesan terhadap pengguna, apatah lagi kenaikannya serentak dengan harga petrol.

“Kerajaan khususnya KPDNKK perlu mempertingkatkan pemantauan agar peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang-barang lain agar pengguna tidak terus teraniaya,” katanya.

Noreen Azleen juga memohon kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan subsidi ke atas minyak masak dalam botol kerana kualitinya dikatakan tidak sama berbanding minyak masak dalam paket plastik.

Sementara itu, Nursabrina Mohd Desa berkata, nasib pengguna bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

“Sudahlah minyak masak naik harga, petrol juga naik harga. Kami rasa terbeban," katanya. - SH

7 comments:

  1. Bukan setakat minyak masak, petrol, gst buat barang lain pun naik harga. Tarif elektrik dah lama naik, bukan sikit kena bayar. Kerajaan najib buat gst, gaji minimum, dgn ringgit jatuh, rasionalisasi subsidi, semua ni kesan berantai yang sebabkan barang naik harga.
    Tapi apa depa peduli, janji tengkuk selamat, rakyat kebulur pun takpe.

    ReplyDelete
  2. Org yg luar biasa berselera makan free, berjalan ke sana ke mari free, duduk hotel ekslusif free, shopping sakan itu inii mahal2, minyak kereta tak payah bayar, rumah pun tak bayar apa2, semya benda org gaji buat........ingat org macam ni tahu dan faham ke susah payah apa yg rakyat bawahan lalui???

    ReplyDelete
  3. Baguslah...memang rakyat suka jadi hamba dan negara dijajah kuasa besar

    Rakyat kena bijak...takde cara dah

    Bantahan mogok seluruh negara..guling najib bn umno

    Tunggulsh malaysia muflis dijajah..kalau rakyat terus lena dibuai rasuah BRIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100% kita gulingkan UMNO Najib, Pencuri Malaysia!

      Delete
  4. NAJIB KAYA!!! RAKYAT KAYAP!!!

    ReplyDelete
  5. Awas semua muka2 yg dalam gambar tu....rakyat akan pastikan kamu semua dirantai beramai-ramai dan dihantar ke penjara Sg Buluh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barisan kepimpinan yang paling tak guna yang telah mengkhianati amanah rakyat.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com