innity

pages

Monday, November 14, 2016

TERKINI: Rafizi dihukum penjara 18 bulan, Bersalah Dedah Laporan Audit 1MDB


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dihukum penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini bagi setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas mendapati penjelasan Mohd Rafizi, 39, dalam keterangannya gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. 

Zulqarnain memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak hari ini. 

Dalam penghakiman, Zulqarnain berkata mahkamah mendapati tertuduh memiliki dan mendedahkan halaman 98 itu seperti yang dikemukakan dalam mahkamah sebelum ini. 

Oktober lalu, Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR memberi keterangan bertulis dari dalam kandang tertuduh. 

Mohd Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, jika sabit kesalahan. 

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan. - BH


8 comments:

  1. Tu la, excited sgt naknjd org pertama. Lain kali kaji dulu dokumen tu taraf apa. Masih osa atau dah bebas...aduyai, org bijak yg termasuk perangkap sebenarnya masih belum bijak. Atau nama lainnya ...ehem..ehem

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH.. aku bersyuker pd Allah si Rafizi Laknatullah ini dipenjarakan.. bapak munafik di malaysia!

    Biar dia tersiksa jiwa hidup dlm penjara dn dibalas ats dosa2nya main fitnah, khianat pd agensi2 yg berjasa seperti Tabung Haji dan FELDA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku doakan yang sama ke atas engkau sebab doakan orang begitu.

      Delete
    2. Apa yg fitnah nya???

      Memang betul pun $$$ Tabung Haji & FELDA di salah-guna bagi tujuan yg salah!

      Cuba kita selidik sendiri...

      Kenapa TH beli tanah TRX 1MDB dgn harga melambung tinggi & kemudian Pengerusi TH sendiri dolak-dalik beri jawapan?

      Kenapa FELDA perlu tubuhkan juga FGV walaupun hakikatnya kewujudan entiti FELDA itu sendiri sudah mencukupi?

      Hanya rakyat Malaysia yg BEBAL, BUTA, PEKAK & BISU @ PEMAKAN DEDAK @ MUNAFIQ sahaja yg akan pertahankan kerajaan yg zalim - Ini Fakta!

      Rasulullah SAW telah mengharamkan cukai dikenakan keatas golongan2 tertentu... Cuba kita selidik ini benar atau palsu!

      Apabila kanak2 & warga2 emas & warga2 OKU dikenakan cukai (GST) itu secara AUTOMATIK telah men-transformasi-kan kerajaan kini menjadi KERAJAAN YG ZALIM...

      Najib SAH adalah seorang Pemimpin yg ZALIM... Noktah!

      Sedarlah wahai MalaysiaKu...

      Delete
  3. Kat singapura, negara dipimpin kapir, pegawai bank kena penjara sebab bersubahat membantu penyangak menipu 1mdb, di malaysia, negara dipimpin orang isle, mp kena penjara sebab dedahkan penyangak menipu 1mdb, ironik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sngt ambo raso yb rafizi tak salah sepatutnya si bahlol najib yg msuk penjara komen yg diatas ni semua org melayu sakit otak tunggu nak kena kapan ja

      Delete
  4. Setuju pendapat raja kumbang syabas yb rafizi anda menjalankan amanah sbg ahli parlimen yg mewakili suara rakyat rakyat tahu siapa betul siapa salah ni hanya undang dunia yg bias sepatutnya penyamun yg masuk penjara malulah dgn org bkn islam pemimpin yg ade sakit otak dan gila babi

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya rakyat lebih minat dgn di rapizi ni dia dedahkan dokumen apa? itu yg rakyat mesti nak tahu. Kemudian dia melanggar undang undang memang terpaksalah dia hadapinya di mahkamah.

    Jadilah rakyat lebh cerdik dapat kebenaran, tuntut siasatan dan dapat MP yg sanggup dikorbankan utk rakyat. Jadi rakyat yg beruntung tak mudah ditipu dua dua pihak baik kerajaan maupun pembangkang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com