innity

pages

Saturday, November 12, 2016

[TAPI "SEBAIK-BAIK" NAJIB??] "Sejahat-jahat" Trump, dia tak akan ambil gaji Presiden, RM1.76m setahun


NEW YORK: Donald Trump berkata, beliau tidak akan menerima gaji ketika berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS). 

Sebelum kejayaan pilihan raya, Presiden dipilih itu menegaskan, beliau malah tidak akan "mengambil walau satu dollar" daripada gaji presiden sebanyak AS$400,000 (RM1.76 million) setahun. 

Bercakap dalam satu acara September tahun lalu, beliau memaklumkan penyokong di New Hampshire: "Perkara pertama yang saya lakukan jika dipilih sebagai presiden, saya tidak akan menerima gaji. Ia bukan satu masalah buat saya.

" Beliau mengulangi dakwaan itu dalam satu soal jawab di Twitter akhir bulan sama apabila seorang pengikutnya bertanya: "Adakah anda melepaskan gaji presiden jika dipilih?" yang dibalas Trump: "Berkaitan gaji, saya malah tidak akan mengambil walau sedollar pun. Saya akan melepaskan gaji saya jika dipilih sebagai presiden." 

Ketika kempennya, ahli politik Republikan itu mendakwa, sebagai seorang jutawan perniagaan, beliau tidak terikat dengan arahan penyokong kewangan. 

Trump dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$3.7 bilion (RM16.31 bilion) menurut Forbes. 

Presiden AS kaya sebelum itu mendermakan gaji mereka kepada badan kebajikan selepas menganggap tidak memerlukan sokongan kewangan sebagai pendapatan peribadi. 

Herbert Hoover dan John F Kennedy, kedua-duanya dilaporkan mendermakan wang itu kepada badan kebajikan. - Agensi


"Sebaik-Baik Najib...."


...masih boleh menyanyi dan menari dengan gembira dalam pesta riang ria menyambut tetamu negara. Seolah-olahnya tiada apa yang berlaku. Malah sebelum itu, dia dan keluarganya berkelana ke negara China bukan untuk menarik pelaburan, tetapi menambah hutang negara.

Ketika kerajaan sepatutnya lebih berhemah dalam berbelanja dan berusaha untuk mengurangkan beban hutang negaraNajib telah menyebabkan kerajaan berhutang lagi sebanyak RM55 bilion dengan bank dari negara China untuk membina landasan keretapi paling mahal di dunia. 

Tatkala biasiswa mahasiswa dipotong, subsidi minyak ditarik balik dan peruntukan kepada kementerian-kementerian dikurangkankontrak pembinaan projek mega bernilai puluhan billion ringgit ini diberikan kepada sebuah syarikat dari negara China tanpa melalui proses tender terbuka.

​Inilah cara pengurusan ekonomi Najib yang langsung tidak menghiraukan kebajikan rakyat. Ini tidak termasuk perjanjian-perjanjian lain yang bernilai RM144 bilion kesemuanya, yang kebanyakannya adalah hutang, bukan pelaburan

Hutang 1MDB pun masih belum nampak jalan penyelesaiannya, Najib menambah lagi hutang negara berjumlah ratusan billion ringgit yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Apabila pemimpin yang korup salah urus ekonomi negara, rakyatlah yang menderita. Hasil kutipan GST dan cukai pendapatan tidak dikembalikan kepada rakyat, sebaliknya terpaksa digunakan untuk membayar hutang negara dan menampung pembaziran oleh pemimpin yang boros dan rasuah.

7 comments:

  1. RM1.76 billion????...

    ReplyDelete
  2. 400k x 12=4.8million
    4.8m x 4.20(anggaran nilai semasa ringgit malaysia)= $20.16m..mana datangnya RM1.76billion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Million bro bukan billion.

      Delete
    2. AnonymousNovember 13, 2016 at 8:29 AM tak faham, gaji USD 400 ribu tu adalah gaji setahun, bukannya gaji sebulan, apahal pula nak didarabkan dengan 12 bulan pula USD 400 ribu tu?

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Mohamad Faiz Hamzal Ismail
      Ahli Parti Pribumi BERSATU Malaysia Bahagian Jerlun
      Kedah Darul Aman

      Delete
  3. Lu pikirlah sendiri..itu pun mau sokong lg ke?

    ReplyDelete
  4. Pasal janji kalau dapat jadi presiden ke,jadi perdana menteri ke atau jadi ketua sesatu organisasi kalau menang tak mahu ambil gaji atau nak sedekah separuh gaji kepada rakyat sudah acap kali sangat dah sudah kita dengar.Ini sekadar nak tunjuk betapa zuhud nya dalam perjuangan...hakikat sebenarnya adalah munafik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com