innity

pages

Thursday, November 10, 2016

[#SyukurAdaNajib] Sindiket pengemis WARGA CHINA raih pendapatan hingga RM42,000 sebulan ditahan


KUALA LUMPUR,10 Safar 1438H, Khamis – Ketua sindiket yang mengeksploitasi golongan orang kurang upaya (OKU) untuk meminta sedekah sehingga mampu mengaut keuntungan RM42,000 sebulan ditahan pihak berkuasa, semalam.

Operasi di sebuah hotel bajet itu membawa kepada penemuan 14 OKU warga China berusia 21 hingga 53 tahun yang digunakan oleh sindiket terbabit untuk mengemis di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya, kegiatan ini bermula sejak enam bulan lalu.

“Sindiket ini diketuai oleh seorang lelaki warga China berusia 44 tahun. Kesemua OKU ini tinggal di sebuah hotel bajet di Jalan Petaling sebelum mereka dibawa oleh pemandu teksi ke lokasi meminta sedekah. Kita turut menahan pemandu teksi berkenaan.

“Sindiket ini menumpukan kegiatan mereka di pasar pagi dan malam. Sebahagian mereka akan dibekalkan pembesar suara serta mikrofon untuk menyanyi dengan pulangan mencecah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” katanya.

Amar berkata, hasil semakan yang dibuat mendapati lima daripada OKU itu mempunyai pasport yang tamat tempoh manakala selebihnya tiada pengenalan diri.

“Pihak polis juga merampas be­berapa barangan termasuklah pembesar suara, mikrofon selain mata wang asing dan tempatan dianggarkan berjumlah RM5,000.

“Siasatan turut mendapati ada dalam kalangan mereka memasuki negara ini sejak tahun 2014 setelah diperdaya oleh ahli keluarga ketua sindiket yang mengaturkan perjalanan ke Malaysia,” katanya. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com