innity

pages

Thursday, November 3, 2016

[#SyukurAdaNajib] Malaysia BUKA KONSULAT JENERAL di Xi’an, China



Malaysia telah membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Xi’an, Wilayah Shaanxi, China.


Dalam satu kenyataan, semalam, Wisma Putra berkata pejabat itu merupakan Konsulat Jeneral Malaysia yang keenam di negara berkenaan.

Tan Li Lung telah dilantik sebagai Konsul Jeneral Malaysia yang pertama ke Xi’an dan turut bertanggungjawab ke atas Wilayah Gansu dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia.

Wisma Putra berkata, pembukaan pejabat Konsulat Jeneral itu mempamerkan hubungan bilateral Malaysia dengan China yang rapat dan keinginan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan tiga wilayah itu merangkumi semua bidang kerjasama seperti perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan.

Pejabat itu terletak di Hotel Shangri-La Xi’an, Bilik 912, 38B, Jalan Keiji, Xi’an Shaanxi. Ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Ia boleh dihubungi menerusi talian (+8629) 8956 8478. — Bernama




Sebelum ini, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya meminta Najib perlu menjelaskan bagaimana negara akan mengatasi lambakan imigrasi orang dari tanah besar China ke negara ini.
Adakah mereka akan diberikan PR atau kerakyatan di masa hadapan? Ini kerana ketika ini difahamkan puluhan ribu rakyat China sudah masuk ke negara tetapi tidak dapat dikesan.
Bayangkan apa akan berlaku pada demografi penduduk Malaysia kelak jika berlaku lambakan orang China,” katanya.
Haji Aminuddin turut mendesak Najib untuk memberi jaminan dengan nasib dan masa depan orang Melayu dan Bumiputera sekiranya hubungan dengan China tetap dimeterai.
Apakah nasib Melayu dan Bumiputera nanti jika China sudah menguasai segalanya khazanah negaraAdakah kita kekurangan orang tempatan untuk menguruskan ekonomi negara?,”

5 comments:

  1. Jajahan baru china
    Rakyat dan negara malaysia dah pun dijajah..dek kerana dihambakan oleh najib umno bn

    Dijajah bangla
    Dijajah myanmar
    Dijajah kemboja
    Dijajah nepal
    Dijajah india
    Dijajah indon
    Dijajah pendatang asing

    ReplyDelete
  2. Najib hanya memikirkan bagaimana nak lepaskan diri dia dan kak mah, tu je...

    Rakyat? Fikir tentang keselesaan yg telah mereka kecapi melalui pemimpin terdahulu yg banyak berjasa dan besar pengorbanan mereka sehinggakan mereka lupa hari ini negara mempunyai penyamun nombor satu.

    Ubah dan tumbangkan najib wahai rakyat sekalian!

    ReplyDelete
  3. Adoi, lagu warisan, bergenang air mata, inilah lagu dendangan semasa minggu orientasi di ITM dan semasa mengikuti kursus kepimpinan BTN. Celakalah pemimpin2 sekarang yang meleburkan apa yang telah diperjuangkan dan dicapai lebih 20 tahun yang lalu

    ReplyDelete
  4. pilihan raya akan datang aku pun pakat nak sokong pembangkang, aku tengok hari hari orang berubah ckp kerajaan najib tak betol, rasuah, kroni dan lain lain, mai jom pakat ubah, tapi lepas ni aku pun nak tengok gak nasib orang melayu yang akan duduk bawah cina, contoh dah ade singapore, negeri perak duduk lapan bulan bawah cina dan mcm2 jadi pada melayu, pulau pinang usah cerita lah, selangor maksiat berlambak lambak. baguih lah bangsa aku ni. bila cakap orang semua salah dia je yang betol, padan muka orang melayu, aku pun nak pangkah dap kali ni biar orang melayu rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh punya komen, dah kalau tak mau cina dap perintah jaga la kuasa yang ada tu elok2. orang dah pilih jadi pemimpin untuk jaga negara, rakyat, amanah bagai..bukan suruh jadi penyamun.

      Jangan lupa satu benda, Allah akan ganti satu kaum yang berbuat zalim dengan kaum yang lebih baik...sebab apa??? sebab ada pentadbir taraf penyamun yang disokong oleh penyamun jugak

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com