innity

pages

Tuesday, November 1, 2016

[#SyukurAdaNajib] Bekas pegawai bank terima ‘habuan’ AS$26 juta urus wang 1MDB: Saksi


SINGAPURA, 1 Safar 1438H, Selasa – Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei didakwa menerima AS$26 juta daripada urusan membabitkan syarikat pelaburan Malaysia – 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata saksi pendakwa, Kevin Swampillai, hari ini.
Swampillai, yang juga bekas penyelia Jiawei dan kini menganggur turut mengakui dia juga menerima kira-kira AS$5 juta dalam bentuk bayaran rujukan atau keuntungan rahsia kerana ‘melaksanakan pelbagai struktur’ dan ‘melakukan pengaturan kewangan’ bagi sekumpulan pelanggan BSI.
Dalam perbicaraan hari kedua hari ini dan pertama yang berkaitan 1MDB, Jiawei berdepan empat daripada 11 pertuduhan. Dia adalah individu pertama dibawa ke muka pengadilan di Singapura kerana disyaki terbabit dalam pengubahan wang haram berkaitan 1MDB.
Semalam, pendakwa raya Singapura memula prosiding atas empat tuduhan berkaitan percubaan Yeo, bekas pegawai perancang kekayaan BSI, memesong proses keadilan dengan meminta saksi berbohong.
Baki tuduhan berkaitan pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan akan diteruskan kemudian. Perbicaraan Yeo dijangka berlangsung hingga 11 Nov.
Dalam keterangannya hari inj, Swampillai memberitahu mahkamah:
“Kami akan mencari orang tengah yang akan digunakan untuk mengenal pasti dana tertentu, dan berbual bagi mengenai sifat transaksi asas yang akan dilaksana, dan jenis yuran yang dana itu akan peroleh.
“Kami cuba mencari margin (perbezaan) antara apa yang bank peroleh, apa yang pengurus dana dapat dan mewujudkan margin yang akan dibayar kepada Yeo dan saya sendiri.”
Antara entiti yang membayar komisen kepada Yeo dan Swampillai ialah Bridge Partners Management International (BPIM), sebuah dana berdaftar di Kepulauan Cayman yang diurus oleh Bridge Partners, sebuah pengurus dana berpangkalan di Hong Kong.
Pada September 2012, 1MDB menjual sahamnya dalam sebuah projek usahasama sebanyak AS$2.32 bilion dan menerima unit dalam BPIM.
Swampillai berkata, dia dan Yeo juga mendapat komisen melalui Bridgerock Investment dan GTB Investment, yang masing-masing dimiliki mereka, daripada sebuah lagi dana – Devonshire.
Selepas Yeo meninggalkan BSI pada 2014 dan mula bekerja dengan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho, seorang tokoh utama dalam skandal 1MDB dan Yeo dikenali dengan nama kod ‘James’ dalam kalangan orang terbabit, kata Swampillai.
Ada banyak rahsia dalam apa yang mereka lakukan dan cara mereka bercakap antara satu sama lain. Nama rekaan digunakan untuk merujuk kepada individu-individu tertentu,” katanya. – Agensi

11 comments:

  1. Kenyataan di atas 100% membuktikan pegawai2 bank di Singapura RASUAH. Kenapa indeks rasuah di Singapura rendah???? MANIPULASI DATA??? HAHAHAHA......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga org tak cerdik. Indeks rendah bukan maknanya bebas rasuah tp bilngn kes aduan dan perlakuan kecik. Mgkin juga jumlah perasuah ramai tp itu bukan pokok isu ni tapi isunya 1MDB adalah bom iblis dicipta oleh PM Malaysia dgn bininya. Memalukan.

      Delete
  2. Kenyataan diatas juga menunjukkan duit rakyat malaysia di belasah oleh 1MDB..kenapa di Malaysia semuanya tiada bukti???? NAJIB BELI APANDI? SPRM? PDRM?

    ReplyDelete
  3. Jangan heboh pasal negara luarlah. Jaga Malaysia ni sudah, menurut majalah Time, Malaysia negara ke2 tertinggi rasuah.
    Be proud, congratulations.

    ReplyDelete
  4. Ehhhh.... kenapa Malaysia kata tiada apa2 salah laku 1MDB
    kah.....
    kah.....
    kah.....

    ReplyDelete
  5. Indeks rasuah diukur secara menyeluruh bukan diukur melalui pegawai bank je. Pastu terus nk hukum 100% negara tu rasuah merupakan sesuatu yang tidak adil atau ko memang bodoh dlm membuat pengiraan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi..... orang bodoh jer yang selalu marah2.....
      Jangan marah.... nanti sakitnya sampai ke jantung

      Delete
    2. Tapi tak boleh nak challenge kebodohan forensic.

      Delete
    3. Tapi tak boleh challenge kebodohan forensic.

      Delete
  6. Bukan saja melayu boleh dirasuah..cina pun boleh ma..tak kira sapa rasuah tetap berlaku..kenapa tuding jari kat pemimpin msia jer..pemimpin negara lain lg hebat dgn rasuah..

    ReplyDelete
  7. Semua yg sokong najib ni dapat duit. Kita yg hamun dia je yg hidup susah. Kalau tak percaya sokong dan bodeklah najib. Tak lama lagi adalah yg mintak no akaun bank

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com