innity

pages

Saturday, November 12, 2016

Sultan Muhammad V seru Rakyat Bersedia Hadapai Ekonomi Tidak Menentu


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyeru agar semua pihak dapat mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu.

Harapan berkenaan dizahirkan sempena perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Ke 47 di sini, hari ini.

Sultan Muhammad V bertitah, pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dengan unjuran sekitar 3.4 peratus pada tahun ini telah memberi kesan ketara kepada kebanyakan ekonomi negara di dunia termasuklah Malaysia.

"Ditambah pula dengan perkembangan semasa politik di Amerika Syarikat yang menyebabkan peningkatan mendadak nilai mata wang dollar.

"Beta juga yakin kerajaan Beta telah bersedia mengharungi cabaran dengan perancangan yang teliti dan mampan terutamanya dalam mengukuhkan sumber kewangan negeri dan menyuburkan ekonomi rakyat," titah baginda.

Terdahulu baginda menyempurnakan pengurniaan kehormatan kebesaran negeri, bintang-bintang, pingat-pingat penghormatan kepada 608 penerima.

Selain itu, baginda juga bersyukur dengan amanah  diberikan bagi memegang jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15 yang mana akan ditabalkan pada 13 Disember ini.

"Beta mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan doa berterusan dari semua pihak terutamanya rakyat Kelantan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan beta.

"Sepeninggalan beta nanti adalah menjadi harapan beta agar negeri ini terus ditadbir dan dibangunkan secara seimbang dan makmur selari dengan kemajuan zaman," titah baginda lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com