innity

pages

Thursday, November 10, 2016

[ADUN PKR LAWAN PKR] Sidang DUN Selangor kecoh, Elizabeth 'naik angin'


Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong naik angin dengan ADUN PKR-Kota Anggerik, Yaakob Sapari yang seolah-oleh menuduh kerajaan negeri gagal menangani masalah pencemaran di Semenyih hingga pencemaran berlaku hampir setiap tahun sejak 2008.

Elizabeth turut mempersoalkan ketidakhadiran Yaakob pada sesi penggulungan semalam berkenaan perkara itu yang telahpun dijelaskan beliau sendiri pada sesi tersebut.

“Kota Anggerik sepatutnya berada dalam dewan bila saya menggulung semalam.

“Hadir dalam dewan kalau nak dengar jawapan! Kalau tidak jangan hantar soalan, sesi penggulungan hanya 45 minit!,” katanya ketika sesi sidang DUN Selangor pagi tadi.

Kemudian, ADUN PKR-Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar menasihati Elizabeth agar menjawab persoalan yang dikemukakan secara profesional.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com