innity

pages

Tuesday, November 15, 2016

Siapa Taja Jamal Naik Helikopter, Soal Zuraida

Ketua Wanita PKR berkata beliau hairan Datuk Jamal Md Yunos dapat kemudahan sewenang-wenangnya menggunakan helikopter komersil untuk tujuan yang tidak bermanfaat.
Zuraidah Kamaruddin berkata ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memperoleh kelulusan menggunakan helikopter dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Katanya, beliau percaya ada pihak atasan yang meluluskan permohonan tersebut.
“Bagaimana kewangan dia (Jamal) untuk dapatkan satu perjalanan menaiki helikopter. Kita boleh persoalkan siapa yang menjadi ‘funder’ helikopter itu.
“Saya juga persoalkan apakah prosedur, tempoh masa dan tujuan menggunakan helikopter untuk tindakan yang tidak bermanfaat itu,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Awal hari ini, Jamal menaiki helikopter untuk meninjau “kekayaan” Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly, 28, yang didakwa memiliki banglo dan kereta mewah.
Zuraidah yang juga ahli Parlimen Ampang berkata beliau mengajukan soalan kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sewaktu sesi perbahasan Dewan Rakyat, namun tidak mendapat jawapan.
“Saya amat kecewa dengan menteri, saya tanya soalan asas apakah prosedur yang perlu untuk mendapatkan helikopter. Soalan asas itu pun tidak dijawab menteri.
Saya tanya bagaimana Jamal boleh dapat permohonan dan diluluskan dengan segera. Malangnya, menteri kata tidak ada maklumat,” katanya.
Malah, Zuraida turut kecewa apabila hasratnya mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu dihalang timbalan speaker Dewan Rakyat.
“Speaker kecewakan saya kerana tidak beri peluang bertanya, speaker halang saya untuk tanya isu asas. Saya hanya tanya prosedur untuk menerbangkan helikopter komersil.
“Tetapi speaker halang dan cuba membantu menteri supaya tidak perlu menjawab. Ini undang-undang yang tidak relevan sebab ia hanya soalan asas, bukan soalan terperinci,” katanya.
Zuraida berkata beliau percaya ada prosedur dan tempoh masa tertentu yang harus dipatuhi serta perlu mempunyai tujuan khusus untuk menerbangkan helikopter.
“Adakah dia melalui prosedur betul yang membenarkan dia mendapat kemudahan itu dalam tempoh 24 jam. Saya percaya pasti ada prosedur tertentu.
“Melainkan ada perkara penting saya faham, tetapi kes ini hanya perjalanan yang tidak ada matlamat dan spesifikasi,” katanya.
Katanya, beliau sendiri pelik apabila Jamal memperoleh sumber kekayaan luar biasa sewaktu menjalankan kempen menolak perhimpunan Bersih.
“Jika dia terima wang dengan cara haram, hanya Allah saja yang tahu. Dia (Jamal) bawa Vellfire yang dicat warna merah, dia mempunyai pengawal peribadi dan hari ini dia membawa helikopter pula,” katanya. - FMT

3 comments:

  1. Patut nengok sekali umah teuku adnan mansor dan menteri umno yg lain. Umah budak adam ni kecik sangat. Nasib pakai helicopter je. Kalau dapat pinjam jet rosmah dah tentu dapat nengok umah pemimpin umno kat oversea. Lepas ni sibuklah income tax dengan sprm buat kerja.

    ReplyDelete
  2. Jahanam lah umno bn jamban dan konco konconya
    Keris pahang

    ReplyDelete
  3. 2x5 ja...org lain buat x blh..tp bila ahli umngok buat xpe...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com