innity

pages

Thursday, November 10, 2016

Setiausaha BN Kelantan,Datuk Alwi AKUI Pengaruh TUN M, "Itu tak Boleh Nafikan" katanya


BACHOK - Umno tidak boleh mengambil mudah pengaruh parti Bersatu yang dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Setiausaha BN Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, pengaruh yang dibawa Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M itu tidak boleh dinafikan terutamanya dalam kalangan generasi muda yang membesar ketika era pemerintahan bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, BN perlu berhati-hati dan tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dalam menghadapi saingan Bersatu yang dilihat giat mendekati golongan muda dan luar bandar.

Orang muda yang lahir dalam zaman Tun M dapat lihat bagaimana pemimpin itu mentadbir dan menguasai jiwa rakyat, itu kita tak boleh nafikan. Beliau bukan calang orang, ada pengaruh dan sokongannya tersendiri.

“Kita tak boleh ambil mudah, jadi kita kena kerja kuat untuk satukan rakyat. Bersatu pun macam Pas, dari DNA Umno. 

Namun, saya sedikit kecewa bila orang Melayu berpecah belah macam ni, sedangkan kita akan kuat jika perpaduan diutamakan,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan zakat pendapatan dan hasil padi Ladang Merdeka Kolam dekat Pak Badol, kelmarin.


3 comments:

  1. Jgn terpedaya dgn kata2 melayu berpecah.
    Melayu sdg bersatu sekarang melawan kemungkaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pru14 akan datang sedikit masa lagi..Melayu akan menunjukkan kecenderungannya.Ketakutan BN semakin jelas..Najib terdesak..Satu lawan satu..akan menguburkan impiannya..Kekalahan hampir pasti kiranya ini terjadi.Analisis simulasi pilihanraya pru14 tidak memihak pada BN..Najib perlu konsep pecah perintah berjalan lancar..Berita terkini..Kemungkinan besar Anwar dibebaskan..rayuan Mahkamahnya..Tujuan untuk melihat jurang kepimpinan pembangkang semakin jauh..BN begitu terdesak untuk pastikan kekalutan pihak pembangkang..Persoalannya adakah ianya begitu..atau pun pembangkang semakin berpadu..Allahlah yg maha hebat perancangannya..Komen negatif Bn menyamar pembangkang menunjukkan betapa takutnya mereka.Melayu tidak berpecah malah semakin bersatu dibawah pemimpin yg berjiwa besar..Shhh org BN datang .

      Delete
  2. Mereka yang cuba seboleh mungkin supaya penyatuan baru ini gagal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com