innity

pages

Monday, November 7, 2016

Senarai 14 perjanjian bernilai RM114 bilion, Syarikat China - Malaysia

BEIJING: Syarikat Malaysia dan China mencatatkan sejarah hari ini dengan permeteraian 14 perjanjian bernilai RM144 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jumlah tersebut adalah yang terbesar pernah dilakukan semasa lawatan rasminya ke luar negara, dan ia merupakan satu pencapaian bersejarah.
“Lawatan rasmi saya ke China kali ini telah mendapat hasil yang sangat memberangsangkan dan pencapaian ini membawa hubungan 2 hala antara Malaysia dan China ke tahap yang lebih tinggi,” katanya pada sidang berita bersama wartawan Malaysia di sini, Selasa.
Najib yang dalam lawatan rasmi enam hari ke China sejak Isnin, menyaksikan pertukaran 14 perjanjian perniagaan dengan cadangan pelaburan bernilai kira-kira RM143,64 bilion semasa Forum Perniagaan Malaysia-China di sini.
Perjanjian dan Memorandum Persefahaman tersebut terdiri daripada:
1. Perjanjian Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pengoperasian antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd, China Communications Construction Company Limited (CCCC) dan China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd (CCCCM)
2. Memorandum Perjanjian bagi Pelaburan, Pembangunan dan Pembinaan Projek Melaka Gateway antara KAJ Development dan Power China
3. Perjanjian Dasar Induk antara Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Greenland Holdings Group Overseas Investment Company Limited bagi cadangan pembelian tanah dan pembangunan di Bandar Malaysia
4. Perjanjian Dasar Induk antara Selat PD Sdn Bhd dan CCCC Dredging (Group) Co Ltd
5. Perjanjian Kerjasama Rangka Kerja antara Kerajaan Negeri Sarawak, Hebei Xinwuan Steel Group dan MCC Overseas Limited bagi cadangan Pembangunan Kilang Keluli di Sarawak
6. Memorandum Perjanjian antara KAJ Development Sdn Bhd, Power China, Shenzhen Yantian Port dan Rizhao Port bagi Kerjasama Perkongsian pembangunan Pelabuhan Melaka Gateway
7. Perjanjian Dasar Induk bagi Skim Kewangan Bandar Malaysia antara IWH CREC Sdn Bhd dan ICBC
8. Memorandum Persefahaman antara ECERDC dan Wuxi Suntech Power Co. Ltd bagi Pengeluaran Sel Solar Silikon Kristal dan Modul di Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China
9. Memorandum Perjanjian antara BHS Industries Berhad dan China Nuclear Huaxing Construction Co. Ltd. bagi Taman Teknologi Hijau di Pekan, Pahang, Malaysia
10. China Construction Bank (Malaysia) Berhad diberikan lesen perbankan oleh Menteri Kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Dengan modal berbayar awal US$200 juta, China Construction Bank akan dapat menyediakan pembiayaan bagi menyokong pembangunan prasarana Malaysia
11. Memorandum Persefahaman antara Yanming Resources Sdn Bhd dan Fuzhou Xin Zibu Culture Communication Co. Ltd bagi pertumbuhan dan pembangunan pasaran sarang burung di China
12. Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan Alibaba.com
13. Perjanjian Kerjasama Penyelidikan dan Pembangunan antara Royal Bird’s Nest, Walet Company-International Private Limited Company dan Peking University bagi penstandardan ekstrak sarang burung boleh dimakan dan bahan perubatan bagi penemuan ubatan farmaseutikal
14. Memorandum Persefahaman antara Aladdin Group Sdn Bhd dan Suzhou Lian Cheng Yihao Information Technology Co. Ltd

2 comments:

  1. tahniah dato series..Malaysia tterus makmur dibawah kepimpinan dato seri..

    ReplyDelete
  2. Kebanyakkan perjanjian mega adalah dgn syarikat sdn bhd. Untuk sendiri2 je ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com