innity

pages

Friday, November 4, 2016

[SCAMMER KISAH BENAR] Eksperimen MENIPU di FB, kerana mahu KAYA, MELAYU mudah DITIPU


Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada pengalaman Tuan Khairul Ezuwan Yusof. Beliau menghuraikan hasil eksperimen sosial yang dilakukan olehnya baru-baru ini berkenaan simbolik kekayaan dan tendency untuk ditipu. Dengan izin beliau, kami paparkan disini buat manfaat semua. Semoga bermanfaat.

Saban tahun kita dengar pelbagai kes penipuan berlaku gara-gara ketamakan diri sendiri yang mahu cepat jadi kaya. Akhirnya angan-angan kaya menjadi kayap kerana pelaburan lebur.
Lebih sadis apabila turut dicalit dengan status muflis. Ini boleh membuatkan mereka sakit jiwa mengenangkan duit yang hilang entah ke mana dan hutang membukit.
Saban tahun juga kita tahu pelbagai pendedahan berkenaan modus operandi sindiket penipuan duit orang ramai dibuat oleh pihak dan orang tertentu agar dapat mengurangkan jumlah mangsa penipuan yang rata-ratanya adalah orang Melayu.
Namun usaha itu seolah-olah menjirus air di daun keladi dan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan apabila ramai mudah terpedaya dan terpesona apabila kemewahan diperlihatkan kepada mereka walaupun hanya dalam bentuk kata-kata. Mudahkan!
Tak percaya?
Tuan Khairul Ezuwan Yusof, Penyelia Agensi di Premier Wealth Advisor dari CIMB Cawangan Seremban, Negeri Sembilan telah memuatnaik satu status yang menceritakan tentang kemewahan yang dimilikinya berserta peluang seminar percuma sekiranya netizen memberi respon.

30 minit selepas itu, Tuan Khairul Ezuwan terkesima dengan respon yang diterima.
Berikutan itu, Tuan Khairul Ezuwan membuat 17 kesimpulan rentetan daripada eksperimen sosial tersebut.
Kesimpulan Dari 9 jam Social Experiment mengenai ‘Scammer’ @ Conmanyang saya buat bermula di sini.
1. Lebih 6000 likes, lebih 3100 komen dan 275 shares.

Facebook Tuan Khairul Ezuwan: Sehingga saat artikel ini ditulis pada 4 November 2015.
2. 85% menulis ingin tahu, 10% menolak, 5% memerli.
3. Berhati-hati kepada orang yang menonjolkan harta hingga tidak masuk akal untuk menarik perhatian orang lain atas tujuan sesuatu ke arah kepentingan.
4. Ada yang berkata, “Kami saja nak tau, bukan kena bayar pun”.
Daripada bermula ingin tahulah scammer akan merancang kepada step yang seterusnya. Daripada 100 orang, mungkin 10 orang akan terjerat.
5. “Kami mempunyai asas yang kuat, tak akan mudah terpedaya”.
Jangan lupa orang yang kuat ilmunya dengan agama juga ada yang akhirnya mengikut ajaran sesat.
6. “Kami cuma nak tau sebab nak siasat samada betul atau tidak”.
Lihatlah sejarah sontotan teragung emas sebelum ini berapa ramai golongan professional bijak pandai yang tersontot, berapa ramai yang dah siasat dan mengkaji hingga tahap pakar, akhirnya tertipu juga.
7. “Kami nak jumpa dan dengar penjelasan Tuan sendiri terlebih dahulu”.
Berapa ramai hari ini yang tidak percaya dengan sesuatu skim, datang berjumpa especially di syarikat berkenaan jadi terpesona.
Ingat!! Penipu Ada strength yang luar biasa. Masakan tidak nak jadi penipu Kalau takde strength untuk meyakinkan. Kalau betul anda semua kental, kenapa masih ramai yang terjebak walaupun dah hantar ‘CSI’ menyiasat.
8. “KEY dah ada NAMA, dah ada PENGIKUT sebab tu ramai percaya bila KEY yang tulis, KEY dah trusted“.
Penipu tidak datang terus menipu, mereka akan membina credibility terlebih dahulu, jika tidak mampu mereka akan gunakan booster seperti gelaran Dato’, Ustaz, Pakar, Jutawan. Selain itu mereka akan mencelah dalam Inner Circleorang-orang yang ada nama untuk mendapatkan tempias pengaruh untuk assuming as trusted person.
9. “Saya cuma nak tahu”.
Scammer boleh reka-reka cerita dan akhirnya nak tahu selanjutnya kena bayar satu amount yang besar. Kerana perasaan ingin tahu menebal, sanggup korbankan duit akhirnya dapatlah cerita-cerita basic atau cerita theory yang boleh direka.
10. “Awak tunjuklah geran, emas & duit awak”.
Datanglah seminar advance dulu, bayar dulu kalau nak saya tunjuk. Akhirnya dalam seminar berbayar, “Tak kan saya nak tunjukkan semua rumah-rumah saya, banyak sangat tu. Bawa la keluar 2 biji geran rumah yang ada. Emas? Takkan saya pikul 11kg ke hulu ke hilir. Duit dalam akaun. Tak berani saya nak tunjuk, kang nanti orang aim saya”.
Tak rasa basah ke?
11. Berpuluh-puluh PM terima, antaranya “Ceritalah macamana awak boleh dapat tu Semua dalam 9 tahun”.
Scammer akan menyorokkan ilmu supaya dapat grab profit dari mangsa. (Suka merahsiakan ilmu). Bayar dulu baru bagitahu. Lepas itu letakkan fee yang mahal.
12. Tulisan ‘Saya nak tahu’ tidak putus hingga walaupon Ramai dah bagitahu status ini adalah social Experiment.
Ini membuktikan, walaupon ramai yang dah menasihati, terus masih ramai yang terjebak kerana malas buat homework dan malas membaca. Persekitaran mempengaruhi untuk sama-sama terjebak.
13. Tetap perlu berhati-hati.
Yang telus, proven itu ramai yang membuat seminar bagi membantu orang ramai turut berjaya. Tetapi berhati-hati di celah-celah mereka ada yang menyusup mengambil kesempatan dari kelemahan emosi orang ramai. Mereka tidak menggunakan ilmu, tetapi hanya bermain emosi kebendaan serta gelaran. Ini kelemahan ramai orang.
14. “Panggil LHDN siasat”.
Orang kaya dan mempunyai harta yang banyak seboleh-bolehnya menyorokkan nilai harta mereka kepada umum, lagi-lagi Abang LHDN yang memerhati. Umumnya bila declare banyak pada umum, orang hanya akan tanya macam mana dapat tu, mereka tak tanya mana bendanya. Banyak sangat macam mana nak tunjuk. Nampak permainan mereka? Sebab tu kena declare 3 tan emas. Kalau 3 kilo orang nak tengok bukti.
15. “Kami cuma nak mencari jalan keluar dari tekanan ekonomi sekarang, mana tahu ini membantu”.
Scammer akan muncul kepada orang yang mencari penyelesaian, contohnya penerima VSS, MSS, berpencen yang mana mereka ini orang yang mencari sesuatu untuk kelangsungan hidup dan mempunyai duit di tangan, incomeyang dicari, disedut hingga kering tak berisi oleh sang Scammer.
16. “Saya awal-awal dah tak percaya”.
Ye, memang anda terlepas, tapi anda yakin keluarga & rakan-rakan anda yang lain tidak boleh jadi mangsa?
17. Menampakkan kebanyakan orang hanya mengharapkan jawapan yang keluar dari pihak scammer tanpa buat sebarang research.
Buktinya, 30 minit selepas status tunjuk ‘HARTA’ itu up, Saya telah up status baru menyatakan cerita harta Itu dusta semata. Hasilnya berlarutan hingga beribu-ribu komen tetap nak tahu. Pelik kan. Menunjukkan juga mudahnya scammer cari mangsa.
Saya juga berharap dari kesimpulan yang saya buat melalui social experimentini dapat menyedarkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan kelicikan ‘Scammer’. Mereka sangat-sangat licik dan tiada belas kasihan. Anda rela diri anda, keluarga anda, rakan anda jadi mangsa?
Share-lah hasil experiment ini kepada orang ramai supaya mereka semua dapat alert dan tidak mudah menjadi mangsa sang ‘Scammer’. Saya tahu scammer marah betul dengan tulisan saya ini.
Anda tak perlu terasa jika anda bukan di kalangan mereka.
-KEY-http://www.thevocket.com/

5 comments:

  1. adakah anda pelik bila Najib menipu berkali-kali mengenai DERMA RM2.6 bilion masih ramai yang percaya dan kebanyakannya adalah Melayu

    itu lah Melayu, selama-lamanya kan DITIPU oleh Najib dan sekutu dedak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah tahu Najib menipu kenapa tak dakwa...??? ooo...pasal pendakwa raya dah makan dedak najib la tu...tu pasal tak ada mana mana mahkamah seluruh malaya boleh hukum Najib....malah sampai sekarang ni pun seluruh mnahkamah dunia termasuk Amerika pun tak boleh nak dakwa...
      ni la mentaliti pemakan dedak dan penjilat tahik mahadey kutty kerala.. ptuihhh!!!

      Delete


    2. 9.20 ni ada bakat jadi super scammer yang berjaya.

      Teruskan usaha anda!!

      Delete
  2. aku suka posting ni walau tahun lepas tapi kekal relevan sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu posting melayu mudah lupe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com