innity

pages

Monday, November 21, 2016

[SAKITNYA HATI] Perancangan, pelaksanaan lemah punca Felda RUGI jutaan ringgit

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerugian jutaan ringgit disebabkan kelemahan perancangan dan pelaksanaan projek pemerolehan perkhidmatan pengumpulan data LiDAR atau Light Detection and Ranging, projek jalur lebar serta 3 projek lain.
Laporan Ketua Audit Negara bagi siri 2 tahun 2015 menyatakan audit yang dijalankan antara Januari dan Jun tahun ini, mendapati perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengurusan projek oleh Felda dan subsidiarinya tidak memuaskan serta tidak mencapai objektif yang ditetapkan.
Antaranya, 65 kontrak bagi pemerolehan perkhidmatan LiDAR bernilai RM148.42 juta ditandatangani pengarah Jabatan Pengurusan Tanah yang tidak mempunyai kuasa, katanya dalam laporan itu yang dikeluarkan hari ini.
Selain itu, syarat semua kontrak yang ditandatangani Felda dengan Bumitouch Sdn Bhd dan Skyline Access Sdn Bhd bagi perkhidmatan LiDAR tidak lengkap kerana tidak memasukkan perkara penting yang menjamin kepentingan Felda.
Laporan itu menyatakan semakan audit mendapati pembayaran sepenuhnya berjumlah RM40.57 juta dibuat terhadap 53 daripada 64 kontrak dengan Bumitouch Sdn Bhd walaupun serahan LiDAR masih belum diterima sepenuhnya.
Menurutnya pengumpulan data LiDAR oleh Bumitouch mulai 2013 hingga 2015 dilaksanakan.
Bagaimanapun, penggunaan teknologi LiDAR bagi tujuan penanaman semula tidak boleh dimulakan setelah serahan bagi tempoh Oktober 2013 hingga Mei 2015 bagi kawasan berkenaan tidak diterima sepenuhnya.
LiDAR merupakan teknologi remote sensing yang mampu mengukur jarak antara 2 objek atau sifat sesuatu sasaran dengan cara memancarkan cahaya pada sasaran tertentu dengan menggunakan laser.
LiDAR dapat memberi maklumat yang tepat dan cepat antaranya bagi aplikasi topografi dan peta 3 dimensi bentuk muka bumi.
Bagi pelaksanaan Projek Inisiatif Jalur Lebar pula, yang melibatkan kos RM566 juta, laporan itu menyebut ia hanya selesai di peringkat penyediaan pelan tindakan pada kos RM40 juta.
“Projek rintis dan pelancaran penuh ditangguhkan Lembaga Pengarah Felda pada 29 Januari, 2015,” katanya.
Kajian kemungkinan dan daya maju juga tidak dilaksanakan Felda sebelum projek ternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan projek pastri Schneeballen, bagi menentukan keperluan dan lokasi, keupayaan teknologi, yang menyebabkan agensi mengalami kerugian RM73.63 juta.
Tiada kelulusan daripada menteri berkaitan dan menteri kewangan bagi penubuhan 4 subsidiari dan syarikat sub-subsidiari bagi pelaksanaan projek penternakan ikan Sturgeon, restoran Savaro dan pastri Schneeballen,” katanya.
Felda Caviartive Sdn Bhd membelanjakan RM47.62 juta, tetapi pulangan termasuk penternakan ikan sturgeon dan pemindahan teknologi masih belum dicapai, disebabkan penggantungan projek.
Global Settlers Sdn Bhd membelanjakan RM8.4 juta bagi pembukaan 5 Restoran Savaro tetapi semuanya ditutup setelah operasi antara 2 hingga 3 tahun,” katanya.
Menurut laporan itu, projek pastri Schneeballen ditamatkan pada Oktober 2015 dan RM6.39 juta dibelanjakan bagi pembayaran kontrak dan mesin pastri.
Jabatan Audit Negara mencadangkan Felda merancang perolehan dan pengurusan projek secara menyeluruh untuk memastikan pelaksanaan yang betul dan mengelakkan pembaziran.
Agensi itu juga diminta supaya menjalankan kajian kemungkinan dan daya maju sebelum membuat pelaburan dan melaksanakan projek.
Felda juga diminta mengambil tindakan disiplin atau surcaj terhadap pegawai yang bertanggungjawab bagi apa-apa tindakan yang melanggar peraturan dan undang-undang. - FMT

3 comments:

  1. Siasat jelah pengurusan Felda. Pembelian aset yg tak berjadah mesti diberhentikan. Kesian org felda. Jangan sekadar cakap je. Kalau letak org yg pernah didapati bersalah buat kerja rasuah, ginilah jadinya

    ReplyDelete
  2. dah mcm2 ketirisan, salah guna kuasa, rasuah tp maseh ramai yg dok sokong ah gor..

    kerajaan yg lemah terang2 mcm ni pon org melayu dlm alif mim nun wau pon dok sokong bermatian2 lg?

    sudah2 lah....

    kembali kdp islam..

    ReplyDelete
  3. Umno..memang ..lenyap la lepasni.

    Hancur bn..hapus umno dari sejarah malaysia ....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com