innity

pages

Monday, November 21, 2016

RUU DIBENTANG di PARLIMEN hari ini: Hukuman penjara jika guna gelaran tidak diiktiraf



Individu yang menerima dan menggunakan anugerah, gelaran dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf bakal berdepan hukuman penjara tiga tahun.

Perkara itu terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2016 yang dibentangkan buat kali pertamanya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut RUU itu, seseorang dilarang daripada menerima suatu anugerah tidak diiktiraf sama ada di dalam atau di luar negara dan menggunakannya dalam apa-apa bentuk dan cara sekalipun.

Fasal 3 RUU itu mencadangkan agar mana-mana individu yang didapati bersalah, dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.

RUU itu dicadangkan disebabkan penganugerahan gelaran dan kebesaran yang semakin menjadi-jadi yang dibuat oleh orang yang tidak mempunyai kuasa dari segi Perlembagaan dan penganugerahan gelaran dan darjah kebesaran selain daripada ketua negara dan ketua kerajaan negeri.

Kerajaan telah memutuskan untuk mengekang aktiviti tersebut sebagai tanda pengiktirafan keistimewaan berdaulat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Negeri.

RUU itu turut menyentuh mengadakan peruntukan kesalahan menghadiri, mempromosi atau menyertai istiadat pengurniaan bagi anugerah yang tidak diiktiraf dan mencadangkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan bagi membuat lambang kebesaran untuk anugerah yang tidak diiktiraf, ia mencadangkan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

RUU itu juga antara lain mengadakan peruntukan bagi kesalahan menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan dianugerah Yang di-Pertuan Agong yang telah dibatalkan atau ditarik balik, kesalahan yang dicadangkan dalam Fasal 9 RUU ini membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.

Dalam Fasal 12 akta itu juga, turut disentuh keperluan mewujudkan peruntukan kesalahan menerima dan menggunakan anugerah asing yang tidak diiktiraf dan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Di dalam Fasal 13, mana-mana individu yang meminta, menerima atau bersetuju menawarkan individu lain pemberian anugerah yang tidak diiktiraf, boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun. - Bernama

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com