innity

pages

Sunday, November 20, 2016

Rekaan TUDUNG BERZIP dikritik, Nora Danish beri penjelasan


INDUSTRI fesyen Muslimah sememangnya semakin berkembang dari sehari ke sehari.

Banyak jenama pakaian dengan imej Muslimah tumbuh bagai cendawan selepas hujan untuk memenuhi selera wanita Muslimah yang mahu bergaya.

Dalam kalangan artis tempatan, Nora Danish antara yang tidak ketinggalan berbuat demikian menerusi jenama hijab keluarannya, OwlbyND.

Namun begitu, gaya terbaharu tudung keluarannya yang dikenali sebagai Owl Ezip menjadi perbualan ramai kerana rekaannya yang disifatkan ramai sebagai pelik.

Rekaan Owl Ezip boleh dizip di bahagian tengah wajah.

Netizen khususnya tidak faham fungsi rekaan tudung itu dan mempersoalkan keperluan zip berkenaan.



Dalam kapsyen pada video itu, Nora menjelaskan, tudung berkenaan direka untuk mereka yang mahukan kelainan, selain memudahkan dalam situasi-situasi seperti tidur ketika dalam kenderaan atau penerbangan.
Tambah Nora lagi, setiap orang punya pilihan dan citarasa masing-masing dan sebagai sebuah jenama fesyen, tugasnya adalah memenuhi citarasa yang pelbagai itu.

"Pilihan masing masing. Jangan gaduh-gaduh okey? Simpan jari jemari anda untuk comment benda yang lebih berfaedah," katanya.

2 comments:

  1. Aku minta 1 je,ko jgn berkawan dgn anak nazri Aziz mulut longkang tu,nanti rosak keturunan ko.muka dia hodoh,jahat betina dia tu..kawin dgn aku lg baik.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bersih
    Syukur rakyat majoriti faham untuk tumbang guling hapuskan rosmah najib bn umno
    KERIS PAHANG

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com