innity

pages

Saturday, November 5, 2016

[#RakyatTolongRakyat] Selepas petrol percuma, peniaga mahu SEDEKAH BERAS pula


Lelaki yang mencetuskan kekecohan di media sosial selepas beliau menawarkan petrol percuma untuk kira-kira 1,500 penunggang motosikal kini tampil dengan sumbangan terbaru untuk bersedekah beras percuma pula.
Semalam, Abd Ghani Haron, yang mengendalikan perniagaan katering menghabiskan masa hampir empat jam mulai jam 6.30 pagi bagi mengisi petrol buat para penunggang motosikal di stesen Shell cawangan Tikam Batu dan membayar kosnya.
"Lebih dari 1500 orang penunggang hadir mengisi minyak yang pads akhirnya bila ditutup menelan belanja RM5913.00. Program ini bertujuan membantu orang ramai yg meringan bebanan hidup.
"Saya amat berharap program ini mencetus idea kpd orang lain untuk turut sama berkongsi rezeki dan membantu masyarakat,lebih lagi para YB dan menteri serta begitu ramai para jutawan.
"Berhentilah dari hanya bercakap,tetapi bertindaklah," katanya dalam satu catatan Facebook.
Abu Ghani telah mengumumkan di Facebook sehari lebih awal mengenai perancangannya untuk mengedarkan petrol percuma untuk penunggang motosikal.
Dalam satu lagi catatan Facebook, Abu Ghani menambah, beliau merancang untuk mengadakan satu lagi pusingan petrol percuma pada bulan depan.
Tetapi sebelum itu, beliau merancang untuk memberi beras percuma pada pertengahan bulan ini, katanya.


Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kerja amal pemberian barang keperluan percuma telah dijalankan di masjid-masjid.

Projek ini dikenali sebagai Projek Gerobok yang digerakkan secara sukarela oleh sesiapa sahaja yang berhajat untuk membantu.

Mereka menggunakan platform masjid dan surau bagi memudahkan orang ramai mendapatkan barangan keperluan.

Mereka meletakkan gerobok atau rak di masjid-masjid (dengan kebenaran pengurusan masjid) dan menambah (top up) stok barang-barang keperluan dari semasa ke semasa.

Sesiapa sahaja yang memerlukan, boleh terus mengambilnya TANPA berjumpa sesiapa pun, TANPA perlu mengisi borang atau ditemuduga oleh sesiapa pun.

Mereka ambil barang keperluan dan pulang. Semudah a,b ,c.

Usaha ini semakin berkembang dan sesiapa saja digalakkan memulakan projek gerobok ini sama ada secara perseorangan atau berkumpulan.

Kurangkan bercakap, teruskan tindakan, ramai yang memerlukan di luar sana.

Baca kisah ini 'Boleh Tak Saya Ambil Susu Untuk Anak Buah Saya?'


  


(Updated as at 4th Nov 2016) - 28 GEROBOK!
Senarai #gerobokrezeki dibawah team #projekgerobok.
www.facebook.com/projekgerobok/
1.-Surau Hj Ismail Fasa 3 Puncak Alam, Selangor. 
2.-Masjid Jamiul Ehsan Kg Kubu Gajah Sg Buloh, Selangor. 
3.-Masjid Daerah Pokok Sena, Kedah.
4.-Surau Ubudiah Pandan Indah, KL.
5.-Masjid Kg Panchor Daerah Pokok Sena, Kedah.
*Coming Soon:
6.-Masjid Bandar Baru Sungai Buloh.
7.-Masjid Darul Ulum, Matang Pagar, Rahman Putra.
**********************
Senarai #gerobokrezeki dibawah team H.U.M.A.N.I.T.Y
www.facebook.com/peduliInsan/
1.-Masjid Kg Merbau Sempak, Sg Buloh, Selangor.
2.-Masjid Ara Damansara.
3.-Masjid Paya Jaras (Masjid Purple), Sungai Buloh.
***********************
SENARAI #gerobokrezeki dibawah individu persendirian (pendakwah di perkampungan asli)
1.-Surau As sakinah, Kg Org Asli Gabai, Hulu Langat.
PIC: Deen Daud
www.facebook.com/din.kajang.39/
*******************
Senarai #gerobokrezeki dibawah team Preloved4charity
www.facebook.com/aimforjannahpc/
#gerobokrezeki under #preloved4charity
1. Masjid Jamek Saad Abi Waqqas Gombak
2. Masjid Al Syakirin,Jalan Gombak
3. Madrasah Al Rahmaniah, Batu 7 Gombak
4. Masjid Sungai ChinChin,Gombak
5. JKKK Kampung Changkat, Gombak
6. Masjid Al Khairiyah, Taman Seri Gombak
7. Masjid Kampung Sungai Pusu,Gombak
8. Surau At Taqwa, Sentul Utama
9. Masjid Al Syarif,Kampung Simpang 3,Gombak
10. Masjid Salahuddin Al-Ayyubi,Taman Melati
11. Surau Miftahul Falihin,Kg Tengah Tambahan
12. Masjid Lama Batu 6, Gombak.
*************
Senarai #gerobokrezeki dibawah team #SkuadBintuluPrihatin
1. Masjid Daerah Bintulu
by Skuad Bintulu Prihatin & saudara Haidir Zaly
*************
Senarai #gerobokrezeki dibawah team #kindnessmalaysia
1.-Masjid Kampung Johan Setia, Daerah Klang.
2.-Masjid Amru Ibni Al-As, Sentul
3.-Masjid Abdul Ragman bin Auf, Jalan Klang Lama
By Kindness Malaysia and Norharirdayu Hashim
*************
SENARAI #gerobokrezeki oleh sahabat #projekgerobok @Samihah Ahmad
1.-Masjid Kolej Matrikulasi Kedah.
By Samihah Ahmad
*************




8 comments:

  1. aku lebih suka mcm gerobok ni, tak perlu bagi kredit kepada sapa2 pon, tapi aku tgk dah ada yg masuk tv3 pasal gerobok ni

    ReplyDelete
  2. ADA MILO KAT RAK DLM GAMBAR TU, WAH ITU DAH BUKAN BARANG KEPERLUAN LAGI DAH, TU DAH MEWAH. BARANG KEPERLUAN UNTUK HIDUP NI BERAS, GULA, GARAM, SARDIN,CUKUP DAH, AIR SUAM LAGI BAIK UNTUK KESIHATAN, TAK PERLU TEH, KOPI DAH

    ReplyDelete
  3. korang ni byk sgt bercakap lah, mmg kdg2 diorang letak je apa yg ada, dah ada milo dia letak milo, nasib le

    ReplyDelete
  4. Siapa nak letak milo silakan..jgn letak ayat2 komen dan ayor lior udah le
    ...

    ReplyDelete
  5. Makin naik lemak lar gomen bijan...leh lepas tangan lar pas ni...sbb dah ada org tolong rakyat

    ReplyDelete
  6. Tak kisah la nak letak apa pun jangan letak bom dan ganja udah la.... tak payah nak kalut....

    ReplyDelete
  7. Rakyat je perihatin..menteri celupar bangsat
    Keris pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com