innity

pages

Wednesday, November 16, 2016

[5 GAMBAR] Putrajaya BANJIR lagi semalam, di Presint 11 pula

 Hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Precint 11 PUTRAJAYA 



PUTRAJAYA 15 Nov (Bernama) -- Hujan lebat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan limpahan air Sungai Anak Gajah menyebabkan kawasan Presint 11 di sini dilanda banjir kilat petang tadi (semalam).


Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Presint 11 yang menempatkan kawasan perumahan dan komersial dinaiki air kira-kira 30 minit.


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Seri Hasim Ismail berkata banjir kilat itu dipercayai berpunca daripada sistem saliran berdekatan projek-projek pembangunan termasuk dua projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) di kawasan tersebut tersumbat.

“Air sungai yang banyak dipercayai dari Puchong dan Seri Kembangan menyebabkan limpahan berlaku di Sungai Anak Gajah yang terletak berdekatan Presint 11. Hujan lebat kira-kira 20 minit juga menyebabkan air bertakung di kawasan rendah dan berlakunya banjir kilat.
“Lumpur, tanah, pasir dari tapak pembinaan juga menyebabkan parit tersumbat dan air bertakung,” katanya.
Hasim berkata kerja pembersihan dilaksanakan serta merta manakala pemaju projek juga diarah menyelenggarakan sistem saliran di kawasan masing-masing bagi memastikan kejadian banjir kilat tidak berulang.
Video Player

Pada bulan Mei 2016 yang lalu telah berlaku banjir di Presint 3 dan 4, Putrajaya yang menyebabkan dua buah kenderaan terperangkap.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi ulasan bahawa kepesatan pembangunan bukan faktor berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan di Putrajaya. 

Beliau berkata siasatan awal oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) mendapati banjir tersebut berlaku akibat laluan air tersumbat oleh daun-daun yang jatuh ke dalamnya.

Mungkinkah kejadian daun-daun tersumbat itu masih berlaku apabila berulangnya banjir kilat di Presint 11 semalam?





4 comments:


  1. Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nerlisa, dan Mohd. Naziffuddin. Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.

    Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi Hari Raya Puasa 1987.

    Pada malam menjelang Hari Raya itu juga lah PM Najib dan Rosmah telah pergi ber’honeymoon’ di Eropah. Juga menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.

    KERIS PAHANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari tajuk jauh sgt ni...

      Delete
  2. Ini bala direct dari langit...

    Negara kita tak habis2 ditimpa malapetaka sejak si M01 ni memerintah... Cuba kita imbas balik...

    Ini lah padahnya bilamana pemimpin takde iman & takwa..

    Adoi! Sedih rasa jadi rakyat Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jadi rakyat indialah...... banjir besar di kelantan dulu siapa yg perintah.... eh tak nK cakaplah.... kelantan negeri serambi mekah..... ckp pasal mekah..... eh banjir juga...... si nak kata gempa new zealand tu berlaku sebab pemimoin dia tak beriman kepafa Allah lah kan..... alooooooooo.... jangan lah asal berlaku bencana tu sb pemimpin bro.... tak nak olak hang kata bencana sebab rakyat malaysia makan ulam fitnah..... afa bran?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com