innity

pages

Tuesday, November 1, 2016

Presiden Isma GESA SIASATAN TERPERINCI dan menyeluruh ke atas KES BUNUH DIRI di Jambatan Pulau Pinang


Oleh Nur Hazimah Shahrul Hasnni (Wartawan Pelatih) 
BANGI, 1 Safar 1438H, Selasa – Satu siasatan terperinci dan menyeluruh perlu dijalankan berhubung insiden seorang lelaki membunuh diri di Jambatan Pulau Pinang minggu lepas.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, siasatan itu perlu dilakukan bagi mengesan kemungkinan berlaku proses indoktrinasi yang salah terhadap pelaku berkenaan oleh pihak-pihak yang tidak  bertanggungjawab sehingga mendorong pelaku bertindak luar jangkaan.
Terdapat segelintir pihak yang berkepentingan cuba untuk menangguk di air yang keruh dengan menjadikan isu ini sebagai isu politik bagi mencetuskan kebangkitan rakyat.
Mereka turut menyamakan insiden ini dengan apa yang berlaku kepada Bouazizi di Tunisia sehingga mencetuskan Arab Spring sekitar tahun 2011,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.
Sementara itu, Ustaz Abdullah turut menegaskan bahawa perbuatan bunuh diri adalah haram di sisi Islam.
Begitu juga dengan tindakan mengangkat pelaku bunuh diri sebagai hero adalah bertentangan dengan syariat Islam seperti yang dilakukan masyarakat kini.
“Saya bimbang jika perkara ini tidak dibendung, perbuatan bunuh diri ini akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.
Pada 26 Oktober lalu, Mohd Shukri Saad, 39, memuat naik status di Facebook menyatakan rasa tidak puas hati dengan menyatakan kempimpinan Malaysia zalim atas tidak memberi kelonggaran atas kesalahan yang dilakukannya sejak 2012 iaitu menjual rokok seludup.
“Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.
“Chek tak ada pilihan. Maafkan saya,” katanya.
Dia bertindak terjun dari jambatan tersebut kerana tidak sanggup dipenjarakan dan sering kali bermimpi lemas di lautan. - ismaweb

1 comment:

  1. Bukan isu nak mengangkat so pelaku bunuh diri,isu nya akan berulang lagi kah insiden krn kecewa dgn ke KORUPan kerajaan hari INI??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com