innity

pages

Friday, November 25, 2016

Polis tahan 10 penyokong Tajuddin merusuh di Parlimen

Sepuluh individu, termasuk anak ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dicari polis susulan kejadian merusuh di lobi bangunan Parlimen, semalam sudah ditangkap manakala seorang lagi wanita menyerah diri, hari ini.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sehingga jam 10.15 pagi tadi, semua suspek yang jumlah keseluruhannya kini 11 orang berjaya ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Kita minta orang ramai yang mempunyai bukti atau maklumat lain berkaitan kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat.
"Mereka boleh berhubung dengan pegawai kita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada sidang akhbar yang diadakan sebelum ini di Bukit Aman, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan membuat keputusan jika mereka mahu bertindak ke atas ahli parlimen yang membawa kumpulan itu ke dalam kawasan Parlimen.
Ini, katanya bergantung kepada niat anggota parlimen itu.
Semalam, sekumpulan individu cuba menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di kawasan Parlimen.
Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan "sial" kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.
Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu.

5 comments:

  1. Bukan stakat merusuh..tetapi juga menghalang penjawat awam menjalankan tugas di parlimen sbg ahli parlimen

    ReplyDelete
  2. Simpan dlk lokap jer.
    Kar luar mengarok.
    Dia ingat undang2 dlm tgn dia?

    ReplyDelete
  3. Maafkan ar dorang ni.
    Bukan salah dorang. Salah penjaga zoo lepaskan dorang ni.

    ReplyDelete
  4. Pakcu Rantau panjangNovember 26, 2016 at 8:55 AM

    Bila mulut mula celupar darjah manusia akan menjadi rendah dan dipermainkan oleh syaitan ......cobaaaaan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com