innity

pages

Thursday, November 24, 2016

Polis minta 10 individu merusuh di Parlimen serah diri


KUALA LUMPUR: Polis meminta 10 individu termasuk seorang anak menteri yang dikenal pasti terbabit dalam kejadian merusuh di bahagian luar lobi Parlimen, pagi tadi, supaya tampil menyerah diri bagi membantu siasatan. 


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, satu pergaduhan berlaku membabitkan penyokong Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan penyokong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad. 


Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata kejadian itu dipercayai lanjutan perselisihan faham antara kedua-dua Ahli Parlimen itu ketika sesi perbahasan Parlimen. 


Katanya, susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat oleh pegawai polis bertugas di Parlimen dan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, justeru pihaknya meminta 10 individu terbabit menyerah diri. 


"Mereka dikenal pasti sebagai Mohd Rizal Shafie, 37, dari Labu Kubung, Cenderong Balai, Perak; Ariffin Mohamed Ali, 32, dari Sungai Manik, Teluk Intan, Perak ; Hasnah Md Razali, 68, dari Kampung Kepala Pulau, Batu Bajah, Perak; Erwan Halmi, 36, dari Labu Kubong, Teluk Intan, Perak; dan Firdaus Tajuddin, 34, dari Bukit Damansara di sini. 


"Lima lagi yang dicari adalah Sapiah Aini Sulaiman, 34, dari Kampung Baru, Kampung Gajah, Perak; Norfirdaus Ahmad Zanian, 30, dari Kampung Setia, Kampung Gajah, Perak; Azmir Ahmad, 41, dari Pulau Tiga Kiri, Kampung Gajah, Perak; Mohd Saffek Mohd Salleh, 28, dari Kuala Sungai Manik, Teluk Intan, Perak dan Mohd Faizal Saidina Omar, 34, dari Sungai Galah, Tanjung Tualang, Perak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 


Katanya, polis menyeru orang ramai terutama penyokong parti, ahli politik atau mana-mana individu supaya tidak mengambil tindakan yang bertentangan atau menyalahi undang-undang. 


"Institusi dan integriti Parlimen hendaklah sentiasa dipelihara dan dihormati oleh semua pihak. "Tindakan tegas akan diambil kepada sesiapa saja yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam dan mencetuskan kekacauan," katanya.

4 comments:

  1. Tajuddin memang sial!

    ReplyDelete
  2. Kalu penjawat awam mcm doctor...tp doctor tu anak menteri ka timbalan menteri...yg merusuh di parlimen..agak agak hamsa nk buang tak..nk potong gaji tak....oh...ini kes khas....no action..

    ReplyDelete
  3. Ini macam spesis bapak sepuloh dah oiiii

    ReplyDelete
  4. Boleh ke lepas ni kita pindahkan parlimen tu ke dlm hutan pasir salak sana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com