innity

pages

Friday, November 4, 2016

[PETROL PERCUMA DI SEGAMAT PULA] Trend Terkini: RAKYAT TOLONG RAKYAT, lupakan pemimpin MABUK HARTA, JUAL NEGARA


Segamat: Remaja lelaki berusia 19 tahun mencuri tumpuan apabila memberikan petrol percuma sebanyak 359 liter kepada pemilik motosikal bertujuan meringkan beban mereka.
Remaja terbabit, Nur Syafiq Sazali menawarkan bahan bakar percuma itu di stesen minyak di Jalan Genuang di sini, petang tadi.
Kehadiran remaja berkenaan menarik perhatian ramai apatah lagi sikap murah hatinya itu membolehkan ratusan penunggang motosikal pelbagai jenama berbaris panjang semata-mata mahu mendapatkan minyak petrol secara percuma selama sejam bermula jam 6 petang tadi.
Nur Syafiq berkata, sebanyak RM700 dikeluarkan bagi membayar petrol RN95 kepada pemilik motosikal.
Dia yang menetap di sekitar Tenang di Labis menjalankan perniagaan alat ganti kenderaan bersama beberapa rakannya sejak beberapa bulan lalu amat memahami keadaan semasa kos pengunaan minyak petrol terhadap pengguna motosikal walaupun ia berkuasa rendah.
Nur Syafiq berkata, dia berbincang bersama pemilik stesen minyak berusia 60-an dan hanya menggunakan satu pam minyak untuk memberi bahan bakar itu secara percuma.


Sebelum ini di SUNGAI PETANI hampir 1,000 penunggang motosikal berbaris panjang bagi mengisi minyak petrol secara percuma yang disumbangkan seorang pesara di sebuah stesen minyak, dekat Tikam Batu, di sini sejak awal pagi tadi. 

Minyak petrol percuma itu disumbangkan oleh bekas pegawai Pejabat Pelajaran Daerah ( PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60. 

Tinjauan BH mendapati, beratus penunggang motosikal terdiri pekerja pelbagai sektor sekitar daerah ini berbaris panjang di Shell Tikam Batu bagi mengisi minyak percuma bermula jam 6.30 pagi. 

Abdul Ghani berkata, sumbangan petrol percuma itu adalah sebahagian daripada program sedekah jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya dalam usaha meringankan beban masyarakat . 

"Bukan untuk menjadi popular tapi sekadar melakukan sedekah jariah, malah bukan minyak saja yang diberi tapi pelbagai barangan lain kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi. - BH Online

3 comments:

  1. Semoga allah merahmati insan yg hati mulia ini. Kerajaan x pernah bagi free pun. Apa nak jadi dgn pemimpin kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan pun beri juga brim kpd rakyat yg memerlukan..cuma dakyah pembangkang jer yg melindungkan segala kebaikan kerajaan..

      Delete
    2. Lepas tu kerajaan ambil balik melalui GST..apa punya turr la si 4.19pm ni

      Setakat brim pun nak bangga ke?

      Sebelum gst...cakap kononnya akan bagi balik pada rakyat.
      Tup tup peruntukan kementerian yang dekat dgn rakyat spt kesihatan dan pendidikan pulak dikurangkan..duit gst pegi mana?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com