innity

pages

Thursday, November 10, 2016

Penduduk BUKAN ISLAM Selangor HANYA 39.2%, TAPI ada lebih 125 LADANG BABI


Lebih 125 ladang babi yang beroperasi di Kuala Langat memiliki lesen yang sah berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib.
Beliau bagaimanapun tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan ‘lesen’ berkenaan.
“Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan lesen itu tetapi saya baru semak dengan JPV dan terdapat 125 ladang ternakan babi memperoleh lesen,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini.
Baru-baru ini, terdapat dakwaan menyatakan 127 daripada 132 ladang babi di Kampung Batu Laut tidak mempunyai lesen selain menyebabkan berlakunya pencemaran bau di situ.
Susulan itu, beliau berkata, dakwaan segelintir penduduk Melayu di Tanjung Sepat menjual tanah mereka ekoran pencemaran najis dan bau babi yang menjejaskan penempatan mereka, adalah tidak benar.
Berdasarkan semakan yang dilakukan dari 2011 hingga 2016, hanya satu daripada tujuh pemilik tanah di kawasan berkenaan melakukan pindah milik, katanya.
“Hanya seorang sahaja yang membuat pindah milik daripada pemilik Melayu kepada bukan Melayu dan ia sama sekali bukan disebabkan pencemaran itu,” katanya.
Dilaporkan, kini kerajaan negeri berada di fasa terakhir dalam menjalankan semakan pelaksanaan projek Ladang Babi Moden (MFP) untuk memudahkan pengurusan haiwan berkenaan di Selangor. - ismaweb

4 comments:

  1. tu pon kalau tolak India yg tak makan babi tu tinggal skit je

    ReplyDelete
  2. Bagus ternak babi ni...kita buleh tumpang dpt keuntungan...tahi dia buleh buat baja..babi sejali beranak paling kuran 7 ekor..cepat untung ma..

    ReplyDelete
  3. Ada baiknya kandang2 ni dihapuskan..kalau da menjejaskan keselesaan penduduk kmpung Melayu apa lg tunggu..mustahil pemindahan hak milik tu bkn atas sbb pencemaran..
    kita org kuala Langat..tahu benar keadaan kg bt laut..bkn kg bt laut saja,lebih kurang 5 buah kmpung Melayu yg terkena tempias nya..di tg sepat,hanya satu saja penempatan cina,knp kandang nya meliputi hampir semua kws tg sepat termasuk penempatan kmpung Melayu..malah makin besar.adakah ini taktik pembersihan etnik melayu oleh pro kiasu ini..sudah lah tu kandang2 tak diselenggara dgn baik,sistem perparitan yg tak sempurna..pihak berkuasa semuanya buat tak nampak padahal rata2 penjawat awam PBT adalah org Melayu..mengapa mereka ni diam membisu..apakah towkey cina ini lebih berkuasa menutup mulut PBT..
    Kuala Langat ni mmg ramai towkey cina..bisnes mereka2 ini yg haram pun berleluasa..penduduk Melayu marhaen tak mampu nak buat apa2 hanya memerhatikan cina2 kiasu ni makin bertambah kaya dan memerhatikan juga beberapa orang pihak berkuasa membuka 'sampul berisi' sambil ketawa..

    ReplyDelete
  4. Dah brapa lma wujud ldg tu.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com