innity

pages

Tuesday, November 1, 2016

[PEMBANTU ROSMAH SAHKAN BAWA AHLI KELUARGA] Rafizi: Kenapa Riza naik jet kerajaan, sertai delegasi Malaysia ke China?

KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat pembangkang hari ini mempersoalkan keperluan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz menyertai lawatan rasmi delegasi Malaysia ke China.
Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkata, Riza menaiki pesawat kerajaan dan ia jelas ditunjukkan dalam tangkap layar liputan RTM 1, ketika Datuk Seri Najib Razak tiba dengan pesawat khasnya di Terminal VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing, pada jam 12.30 tengah hari semalam.
Lawatan rasmi itu bertujuan membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan, pertanian, pelancongan dan kebudayaan, sains dan teknologi.
“Kenapa Riza Aziz berada dalam jet yang dibayar dengan wang pembayar cukai? Ia ditunjukkan melalui tangkap layar RTM. Pesawat-pesawat ini mahal.
“Dia tidak boleh diberi layanan istimewa. Dia perlu ditahan dan disiasat,” kata naib presiden PKR itu ketika membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB, di mana Riza dan jutawan, Low Taek Jho turut disebut dalam saman itu.
DoJ turut mendakwa Riza menggunakan dana 1MDB untuk membiayai pembikinan filem Wolf of Wall Street.
Rafizi mempersoalkan jika ia satu daripada faktor pembaziran dalam operasi kerajaan, kerana kajian yang dijalankan National Oversight and Whistleblowers (NOW) berdasarkan laporan ketua audit negara menunjukkan wujud banyak pembaziran dalam operasi kerajaan.
Sementara itu, pembantu isteri perdana menteri, Rizal Mansor melalui Facebooknya mempertahankan keluarga majikannya dengan memberi alasan Beijing mempelawa Najib dan keluarganya ke sana, di mana adat orang Cina menekankan hubungan keluarga dengan rakan-rakan mereka.
Beliau berkata, Beijing menghargai hubungan dua hala yang terjalin sejak 1974 oleh bapa Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
Sehubungan itu, katanya, adalah normal untuk Najib membawa 2 anak lelakinya bersama ke lawatan panjang selama seminggu itu, apatah lagi Beijing memberi jemputan khas kepada keluarganya.
“Terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani dalam lawatan rasmi ini, ianya bakal membawa puluhan bilion ringgit pelaburan dan manfaat untuk Malaysia.
“Jadi, mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikuti beliau dalam lawatan ini? Lagipun lawatan ke China bukan untuk menunggang kuda ataupun melawat ladang,” katanya.
Lawatan atas jemputan Perdana Menteri China, Li Keqiang itu adalah yang ke-3 oleh Najib, sejak beliau dilantik menjadi perdana menteri pada 2009.
Beliau akan berada di China sehingga 6 November ini bersama rombongan 8 menteri dan 3 menteri besar, di mana lebih 10 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua kerajaan dalam bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan bakal dimeterai. - FMT

9 comments:

  1. Betul cakap Rizal tu adalah normal Najib membawa anak beranaknya menaiki peaswat yg dibiayai oleh rakyat Malaysia.
    Kantoi!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tinggal lama disana tu..Satu keluarga sekali..bukan kebetulan tapi dah dirancang...biarkanlah..

      Delete
    2. Setuju sangat2. Perjanjian yg menguntunkan Malaysia....mmmmm

      Delete
  2. Sapa pun jd pm mcm tu..klu fizi pun rasanya lg berat

    ReplyDelete
  3. kira nak mintak keluarga najib pergi dengan flight asing la tu....
    dulu anak2 mahathir pergi china pakai flight asing jugak ke? dol dol dol...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ler tak abis2 nak kaitkan madey. Takkan pm lepas ni semuanya kita nak biarkan mcm tu. Najib dah bagi lesen utk kita transformasi. Lepas ni kita kasi tukar dia apadahal.

      Delete
  4. Cari lubang kuburla tu ros jib
    Mampus anak beranak ros jib ni
    Keris pahang

    ReplyDelete
  5. Menurut Buletin Utama tv3 tadi
    perjanjian melibatkan ratusan billion
    ringgit Dimetri..tahniah PM & rombongannya..

    ReplyDelete
  6. Lapiji si Raja Fitnah ni tak renti2
    cari silap org..kan baru kena Saman
    nak lagi ke ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com