innity

pages

Tuesday, November 15, 2016

Peguam : Rafizi HILANG KELAYAKAN bertanding dalam PRU14


KUALA LUMPUR, 14 Safar 1438H, Isnin — Anggota Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli yang dihukum penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, kata peguamnya Gobind Singh Deo.  
Rafizi dijatuhi hukuman itu kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohd Rafizi akan hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon kerana dalam undang-undang, seseorang yang telah disabitkan dan dihukum denda RM2,000 atau penjara lebih setahun maka dia tidak boleh menjadi calon. Itu akan memberi kesan kepada Mohd Rafizi,” katanya ketika ditanya pemberita selepas mahkamah menjatuhkan hukuman itu.
Bagaimanapun, peguam itu berkata, kedudukan Mohd Rafizi sebagai anggota Parlimen masih kekal dan dia boleh menghadiri persidangan Dewan Rakyat sehingga rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Gobind Singh berkata, oleh kerana kes itu bermula di Mahkamah Sesyen, rayuan anak guamnya akan berakhir di Mahkamah Rayuan dan jika rayuan akhir belum diputuskan ketika Parlimen dibubar, Mohd Rafizi tidak boleh bertanding pada PRU-14.
Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah Artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.  
Naib presiden PKR itu didapati bersalah atas pertuduhan memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen di sini pada 3 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972.
Mohd Rafizi, 39, yang juga Setiausaha Agung PKR, turut didapati bersalah mendedahkan kandungan laporan itu dalam sidang media di tempat dan masa sama pada 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta sama. — Bernama

8 comments:

  1. Inilah balasan kepada dosa Rapiji sotong memburukkan Tabung Haji.....

    ReplyDelete
  2. Padan muka kau SOTONG.....

    ReplyDelete
  3. Kesian kat SOTONG ni....

    ReplyDelete
  4. SOTONG.... O SOTONG....

    ReplyDelete
  5. Nak kena masuk jail.... kau senyum ya SOTONG...

    Betul la kau SOTONG....

    ReplyDelete
  6. Alahai...klu blh brtanding pun belum tentu menang mcm dulu. Banyak buat hal drpd selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  7. sendiri jawap berjemaah..kejora bodoh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com