innity

pages

Saturday, November 5, 2016

Peguam Bawa 'USUL' Pandikar BODOH dan BAHLOL bila kata Kenapa bekas Menteri Tak Bantah 1MDB dulu


IMBASAN SEMULA

Muhyiddin Tegur Isu 1MDB


Pada Mesi 2015, sebuah video Luahan Sayu Muhyiddin Yassin Terhadap Isu #1MDB telah menjadi viral. Rakaman Video Ucapan Muhyiddin Yassin itu adalah ucapan beliau dalam program tertutup pimpinan UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik. 


Rampasan Kuasa Terhadap Mukhriz selaku Menteri Besar Kedah 

20 Januari 2016 Sekumpulan pemimpin UMNO Kedah sepakat mengumumkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan UMNO negeri.

 Gambar ini tersebar menyatakan perjumpaan Najib dengan pemimpin UMNO Kedah diketuai Ahmad bashah merancang untuk menggulingkan Mukhriz kerana beliau tidak besama-sama mempertahankan Najib dalam isu 1MDB


Perkara ini berlaku disebabkan Mukhriz tidak menyatakan sokongan terhadap Najib mengenai isu 1MDB.

3 Februari 2016 - Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu. 

Muhyiddin diPecat daripada Jawatan TPM kerana Pertikai 1MDB

Pada 28 Julai 2016, pukul 1.40 petang, Najib mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat selaku Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa mulai 29 Julai 2015. 


Punca utama pemecatan jawatan Muhyiddin Yassin selaku TImbalan Perdana Menteri (TPM) susulan pertikaiannya terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan. Selain itu, Muhyiddin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Najib Razak. 

Muhyiddin dan Mukhriz Dipecat daripada UMNO
Pada Jun 2016, Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dengan sebulat suara bersetuju untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada parti itu atas kesalahan disiplin.
Sementara itu, seorang lagi tokoh politik UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digantung keahlian sehinggalah jawatankuasa disiplin parti menjelaskan laporan mereka berkaitan pelanggaran disiplin beliau.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com