innity

pages

Tuesday, November 1, 2016

Peguam Bagi KULIAH PERCUMA mengenai Kedudukan BAHASA MELAYU di Mahkamah



Hari ni saya nak bagi kuliah undang2 percuma utk orang Melayu berkaitan Kedudukan Bahasa Melayu di Mahkamah supaya mrk tahu bahawa kadang2 kita boleh kalah kes di mahkamah sebab isu penggunaan Bahasa Inggeris yg kita tak fasih sangat.

Menurut Perkara 152(4) Perlembagaan Persekutuan, selepas 10 tahun merdeka, Bahasa Melayu HENDAKLAH MENJADI BAHASA RASMI DI SEMUA MAHKAMAH.

Kenapa lepas 10 tahun merdeka? Sebab itu adalah tempoh peralihan dari pentadbiran British kpd kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1957 berkenaan, majoriti hakim dan peguam adalah bangsa British dan atau berpendidikan British.

Selepas 10 tahun merdeka, kerajaan menggubal Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan melalui seksyen 8 akta berkenaan BAHASA MELAYU TELAH SAH DI JADIKAN BAHASA RASMI DI SEMUA PERINGKAT MAHKAMAH.



Tetapi undang2 ini ibarat notis "JANGAN BUANG SAMPAH DI SINI DENDA RM10,000.00"

UNDANG2 TANPA PENGUATKUASAAN IBARAT SAMBAL TANPA BELACAN.

Realitinya, selepas lebih 57 tahun merdeka pun, BAHASA KEBANGSAAN masih di layan sebagai bahasa kasta paria di semua peringkat mahkamag apabila Hakim dan Peguam sendiri TIDAK MEMPEDULIKAN UNTUK MENGUATKUASAKAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI MAHKAMAH.

Undang2 telah jelas, Bahasa Inggeris boleh di gunakan di mahkamah tetapi ianya hanya boleh di gunakan jika:-

i) Mendapat kebenaran daripada Mahkamah
ii) Demi kepentingan keadilan kepada pihak2 dlm perbicaraan tersebut. Kepentingan keadilan bermaksud saksi atau rujukan kes dan undang2 akan melibatkan penggunaan melebihi 60% undang2 common law.

MASALAHNYA SKRG SLPS 57 TAHUN MERDEKA, KITA DAH JARANG SANGAT RUJUK KPD COMMON LAW SEBAB KITA ADA KES RUJUKAN TEMPATAN KITA SENDIRI.

GRADUAN2 UNDANG2 YG MENJADI HAKIM, PENDAKWA DAN PEGUAM JUGA SEKARANG INI YG LULUSAN UNIVERSITI TEMPATAN TELAH MENCECAH 50%

Jadi #apakelancaunya kamu masih nak guna Bahasa Inggeris di Mahkamah tanpa mendapat kebenaran dulu?
Hakim2 pun sengal! Ada kuasa utk mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu tapi taknak guna kuasa!!!!

Apa kau ingat Bahasa Melayu ni bahasa lekeh sangat ke?

Sebab tu kadang2 Melayu kalah kes di mahkamah sebab terkebil2 nak jawab soalan peguam dlm Bahasa Inggeris atau tak faham dokumen dlm bahasa Inggeris.

Peguam Melayu pun bukan semuanya fasih Bahasa Inggeris Komunikasi Spontan!!! Toksah nak acah2 mcm best la woi!!!!
Bahasa saya kasar tapi ini saja caranya utk saya sampaikan mesej ilmu+kekecewaan saya.

Saya bertanggungjawab atas apa yg saya tulis.
Saya akan lawan sesiapa saja yg melanggar falsafah undang2 ini.

Link berkaitan

Utusan melayu: Bahasa Melayu dalam mahkamah

Malaysiakini: Karpal: Penghakiman bertulis mesti dalam BM







2 comments:

  1. Jadi #apakelancaunya kamu masih nak guna Bahasa Inggeris di Mahkamah tanpa mendapat kebenaran dulu? - TERBAIK AYAT NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayat Terbaik ??? Kebebalan jenis apakah ini ??

      #apakelancaunya <-- Perkataan ni baik ke ??

      Belum bertanding apa2 lagi 'bakal calon bebas' ni dah "lumur najis ke muka sendiri"

      Adoi Malaysia! Apa nak jadi ni ?!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com