innity

pages

Wednesday, November 30, 2016

PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar


Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini menjadi medan ketua-ketua sayap melakukan ‘serangan’ terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin dengan sengaja menggunakan puisi “Melayu Mudah Lupa” yang dibawa Dr Mahathir pada 2001 untuk menyerang bekas presiden parti tersebut.
“Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, Bersih dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai Bersih. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros.
“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, bila ditanya pasal reformasi. Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.
“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.
“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak ketinggalan melahirkan rasa geramnya malah menyifatkan hari paling gelap dalam hidupnya adalah apabila menyaksikan Dr Mahathir ‘bercium mulut’ dengan tokoh parti rasis dan cauvinis, DAP iaitu Lim Kit Siang.
“Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.
“Hari yang saya lihat mereka bercium mulut dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu. (Selama) 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita.
“Dia yang kata Lim Kit Siang macam itu (tetapi) hari ini apa yang berlaku? Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima.
“Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016. - ismaweb

13 comments:

  1. Takda perkara penting ke nk diucapkan dari mengutuk orang tua yg baling kaca tak pecah tu?
    Satu perkara yg dorang lupa orang tua tu bukan ahli umno lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg pelik dan lucu,Ingat kan tiga tiga ni orang cerdik,rupa nya sama sama tak pandai.Dalam dok terlolong mcm kena polong menuduh Tun pengkhianat ,mereka lupa yg Tun bukan ahli UMNO lagi.Jadi mana relevan nya gelaran pengkhianat tu

      Delete
  2. Belum tentu semua yg dlm dewan tu suka mendengarnya. Yg meluat pun ramai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekuat taoi PENGECUT........mcm bos jugak

      Delete
  3. Biarlah mereka kutuk.
    Makin mereka kutuk, makin terserlah keHIPOKRETAN mereka.
    Semakin orang benci kat mereka. Macamlah orang tak kenal
    siapa SHAHRIZAT LEMBU & KJ budak Tingkat 4 yang berkuasa
    zaman kegemilangan Pak Lah.

    ReplyDelete
  4. Cerita kejayaan syarikat 1mdb takda ke?
    Untung berapa bayak? Dh berapa banyak peluang pekerjaan tlh dpt diujudian?
    Atau tentang murah hati pak arab yg sanggup derma berbillion ringgit?

    ReplyDelete
  5. Tak de modal nak hentam
    Hancur lebur la umno..berkecai..umno..binasa bn..
    KERIS

    ReplyDelete
  6. Tak de modal nak hentam
    Hancur lebur la umno..berkecai..umno..binasa bn..
    KERIS

    ReplyDelete
  7. Siapa cilaka yg hantar passport kat Anwar dulu? Anwar ratusan Kali berwibawa drp si cilaka ni..
    Sigembala lembu, apa jasa ko dibandingkan dengan Tun Mahathir?

    ReplyDelete
  8. Melayu mudah lupa...yang dulu berkejar x cukup tanah hantar paspot kat anwar tu sapa?

    ReplyDelete
  9. Masing2 nak tunjuk hebat la kat kepala penyamun..kut2 dpt dedak lebih..siap la korang pru14 nanti.

    ReplyDelete
  10. UMNO pun mudah lupa..lupa kepada jasa dan budi orang.lupa nak bezakan sikap pemimpin baik dan buruk.lupa pada kesusahan dan kemarahan rakyat.lupa pada sikap dan kesopanan orang melayu yang sentiasa menghormati orang tua..pasal apa umno mudah lupa?sebab asyik teringat pada wang dan harta..

    ReplyDelete
  11. Budak tingkat 4 ni toksah nak ckp byk..dia ni yg mudah lupa pilihanraya 2008 bn byk yg melingkup..angkara siapa..?pak mentua dgn mnantu punya keje..
    Biadap punya ketua pemuda..!! ketua pemuda yg kecut telor tak berani nak nyahkan presiden yg terang2 menjahanamkan negara!! Apa jasa si kj ni nak dibandingkan dgn Tun..?si tukang jilat bkn main sorak lagi..Tun menentang umno sbb APA?? Sebab dlm umno byk yg menjadi barua si penjahanam negara!!! Memalukan melayu!! Khhhaaakkk tttuuiiihhh punya ketua pemuda!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com