innity

pages

Monday, November 21, 2016

PAU2016: Akar umbi Umno bimbang Najib ‘jual negara’ pada China

Veteran Umno mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung tujuan sebenar lawatan ke China, pada perhimpunan agung parti hujung November ini.
Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman berkata Najib yang juga presiden parti perlu mengutamakan agenda itu kerana wujudnya kekeliruan dalam kalangan pemimpin akar umbi parti kononnya perdana menteri ingin menjual negara kepada China.
“Perkara yang perlu ditekankan presiden Umno pada Persidangan Agung Umno (PAU) 2016 ialah tentang rasionalisasi ke China sebab ramai akar umbi salah faham berhubung perkara itu malah ada yang bimbang dengan lawatan itu.
“Kita kena menerima hakikat China akan menjadi negara yang mempunyai kuasa ekonomi kuat suatu hari nanti mengatasi Amerika Syarikat, jadi kita patut mengambil peluang menjadi rakan perniagaan China,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini Najib mengadakan lawatan serta menandatangani beberapa perjanjian dengan kerajaan China dalam usaha membentuk pelaburan langsung asing (FDI) bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Najib sebelum ini berkata rakyat asing yang melabur di Malaysia tidak boleh membawa balik infrastruktur yang dibina di sini ke negara asal mereka.
Rahman berkata Najib juga perlu memberi penekanan mengenai kerjasama Umno dengan rakan komponen dalam Barisan Nasional (BN).
“Presiden kena beri penjelasan mengenai salah faham bukan Islam yang kononnya Umno lebih kepada bangsa Melayu, terutamanya melalui rakan dalam komponen BN.
“Penjelasan itu perlu bagi memastikan mereka (bukan Islam) tidak termakan propaganda pembangkang yang akhirnya menuju kehancuran,” katanya.
Sementara itu, Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata Najib perlu menangkis segala tohmahan dilemparkan bekas pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus meyakinkan kembali ahli parti yang semakin berpecah.
“Presiden Umno perlu menguatkan kembali akar Umno dalam PAU nanti supaya ahli sentiasa bersedia menentang musuh terutama pembangkang termasuk bekas pemimpin Umno tidak kira Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apatah lagi apabila Umno kini berpecah belah.
“Menerusi penubuhan parti baharu, perpecahan orang Umno dalam politik amat ketara ditambah pula dengan terbentuknya pakatan pembangkang baharu,” katanya.
Perhimpunan Agung Umno 2016 akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri. -FMT

3 comments:

  1. Yang aku bimbang... sekarang org cina kian menguasai tanah org melayu dlm skala kecil..tapi dgn penglibatan kerajaan cina ...pemilikan tanah dan aset akan dlm skala yang amat besar.
    ..perlu diingat...selepas tamat perjanjian...kerajaan cina akan mewariskan segala aset tersebut utk diurus oleh org cina malaysia...org melayu tetap akan jadi pekerja bawahan...kuli...macam berlaku di kilang kilang sekarang...jika ada org kuat UMNO yg membaca mesej ini..berani beranilah panjangkan pandangan kpd pihak atasan parti..jangan biarkan generasi melayu akan dtg mengutuk kita..

    ReplyDelete
  2. Takpa CINA PRC, yang penting jangan CINA DAP.
    Biarlah Melayu jadi kuli mereka.
    asalkan tak hilang Melayu di donia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina tetap cina...lupa ke peristiwa jln petaling...nama pun minah ketinggalan zaman...hancur melayu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com