innity

pages

Sunday, November 13, 2016

PAS – pokok besar yang tidak dapat diendahkan oleh PPBM dan PKR

Kalaulah Amanah betul dapat menggantikan PAS, Pakatan Harapan terutamanya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan pening kepala seperti hari ini.
Hakikatnya, walaupun terlalu pahit ditelan sesetengah pihak di dalam Pakatan Harapan, PAS mempunyai kekuatan akar umbi dan pengaruhnya tidak boleh diendahkan sekiranya pihak pembangkang ingin mencapai kemenangan.
Kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang menggesa semua pihak agar tidak terlalu mendesak PAS adalah bukti jelas kepada perkara ini.
PAS terus hidup subur, walaupun cuba dicantas dengan pelbagai cara sejak 2015 menggunakan politik persepsi. Pokok baru yang cuba ditanam pihak yang cuba mencantasnya gagal bertumbuh, malah pokok baru itu tidak dapat berdiri jika tidak berpaut pada tuannya.
Kecenderungan pokok baru ini untuk mengacau kerusi PAS, yang akan menyebabkan parti Islam itu bertindak-balas mengacau semua kerusi yang lain, menjadi liabiliti kepada parti rakan. Kerusi PAS dan DAP boleh dikatakan saling esklusif, oleh itu impaknya akan kurang. Ini berlainan dengan kerusi-kerusi PKR, yang kebanyakkan dilepaskan PAS kepada PKR kerana tahaluf.
Inilah dilemma PKR.
Apakah pula dilemma PPBM?
PPBM mengharapkan sokongan ahli Umno yang bencikan perdana menteri. Apakah kumpulan ahli Umno ini lebih sudi bersama parti yang mendekati PAS, atau parti yang mendekati DAP? Para pemimpin PPBM yang majoritinya bekas Umno sudah pasti boleh menjawab soalan ini dengan tepat.
PPBM sedar mereka akan bertempur dengan Umno di kawasan majoriti Melayu melebihi 85%, lantas memerlukan bantuan PAS jauh melebihi DAP dan PKR. Lebih-lebih lagi PPBM tiada jentera pilihanraya kerana ia masih baru.
Inilah dilemma Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Oleh itu, tidak perlu hairanlah mengapa tandatangan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan ditangguhkan.
Hampir semua parti pembangkang, barangkali selain Amanah, sedar jika mereka tidak bekerjasama dengan PAS, semua bakal hancur bersama. Yang berbeza ialah nasib PAS, kerana ia akan terus hidup subur meskipun kemenangan tidak dikecapi kerana parti ini mempunyai akar tunjang yang mendalam dan menjalar jauh.
Jika mahu bekerjasama dengan PAS pula, semestinya Islam perlu diletakkan di depan dalam segala urusan – yang sudah tentu menimbulkan keresahan pihak tertentu di dalam Pakatan Harapan. Bukan itu sahaja, PAS juga akan mewajibkan syarat agar kerusi-kerusi tradisinya tidak dikacau seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar melainkan PAS memberi laluan.
Azmin barangkali mengetahui bahawa usaha mendesak PAS kembali bekerjasama dengan parti yang cuba sedaya upaya mencantasnya dan parti yang hidup dengan mencuri ahli-ahlinya adalah keterlaluan. Oleh kerana demikian, begitulah nada kenyataannya.
Apakah PAS memerlukan PPBM dan PKR? 
Tidak semestinya kerana PAS boleh bertahan sehingga bila-bila meskipun tewas.
Apakah PPBM dan PKR memerlukan PAS? 
Jawapannya hampir ya kerana PPBM hanya mempunyai 1 peluang untuk membuktikan diri di kawasan majoriti Melayu, manakala susah dibayangkan apa yang akan berlaku kepada PKR jika mereka kehilangan Selangor selepas 2 penggal menerajuinya.

 November 13, 2016

3 comments:

  1. Sebenarnya dalam politik...senua nak makan besar
    Nak untung besar..sebab tu semua tak mahu mengalah dalam politik..

    Jika benar nak hancurkan umno dan hapuskan BN senang je
    Satu lawan satu....pakatan bersih bersatu harapan...

    Tapi masih gaduh...semua nak jadi PM

    keris pahang

    ReplyDelete
  2. apakah dengan peningkatan kos sara hidup rakyat yg semakin menekan menjamin kemenangan bn pada pru 14?

    ReplyDelete
  3. PPBM kena main peranan sbg org tengah, antara PAS dan DAP. Dua dua ego besar. Not easy job.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com