innity

pages

Tuesday, November 8, 2016

Orang ramai berang Giant jual ALAS KAKI berlogo PAS


TAWAU, 8 Safar 1438H, Selasa – Pasaraya Giant Sdn Bhd di Tawau, Sabah menerima kecaman ramai apabila didapati menjual alas kaki bercorakkan logo rasmi PAS.
Alas kaki berukuran 40cm x 60cm itu mempunyai warna hijau sebagai latar belakangnya dan bentuk bulat putih di bahagian tengah persis logo pada bendera PAS.
Para netizen yang berang dengan kejadian itu mewujudkan kempen #BOIKOTGIANT kerana tidak senang dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu bentuk penghinaan yang tidak boleh diterima.

Mengulas insiden itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam catatan di laman Facebooknya berkata, bentuk penghinaan seperti demikian tidak akan pernah melunturkan semangat ahli parti Islam tersebut.
“Marah dekat PAS sampai ada kilang yang keluar alas kaki lambang PAS. Ada pula kedai yang jual.
“Cuma kena ingat ahli PAS ada hampir sejuta ahli. Yang tegar dengan semangat dibina atas akidah.
“Hendak musnah PAS bukan dengan cara ini. Lagi semangat ahli PAS apabila orang buat macam ini,” katanya.
Susulan itu, syarikat pengeluar alas kaki berkenaan, Pinvi Sdn Bhd telah memohon maaf atas kesilapan mengeluarkan alas kaki tersebut.
Katanya, selama berpuluh-puluh tahun mengeluarkan karpet, ini adalah kali pertama pihak mereka menjumpai reka bentuk sedemikian.
“Kami bukan secara sengaja mengimport reka bentuk ini yang dihasilkan oleh kilang di Mesir. Kami tidak pernah telihat reka bentuk ini selama dua puluh tahun kami mengedarkan produk karpet dari sana.
“Kami memohon maaf jika ia telah menyentuh sensitiviti sesiapa pun dan kami dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan dari pihak kami dan kami juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya ahli-ahli PAS kerana terlepas pandang perkara ini,” katanya dalam catitan surat kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.
Sementara itu, menurut Harian Metro, GCH Retail (M) Sdn Bhd yang merupakan pengendali Giant sudah mengambil langkah susulan dengan melakukan pemeriksaan di semua 128 cawangan seluruh negara bagi memastikan tiada alas kaki berkenaan dijual kepada orang ramai.
Pengarah Hal Ehwal Komunikasi GCH Retail (M) Sdn Bhd Roseta Mohd Jaafar berkata, siasatan lanjut terhadap semua premis berkenaan mendapati hanya terdapat dua alas kaki bercorak demikian iaitu hijau dan putih serta hitam dan putih masing-masing di Tawau, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Beliau berkata, tindakan segera sudah dilakukan dengan menarik balik alas kaki berkenaan termasuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasti bagaimana produk berkenaan boleh terlepas pandang hingga dijual kepada orang ramai.
“Kami akui perkara ini terlepas pandang kerana pada peringkat awal hanya ada 12 corak dipilih oleh wakil syarikat kami namun alas kaki berwarna hijau dan mempunyai bulatan putih di tengahnya tiada dalam senarai.
“Tindakan susulan sudah diambil termasuk memohon maaf kepada pihak berkaitan dan berjanji perkara berkenaan tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya. - ismaweb

4 comments:

  1. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello setan...kamu sama mbahrawa kamu akan dihumban keneraka tunggal bersama firaun dan haman...dan lain2...jgn kanu cuba menghasut org lain ikut jadi setan macam kamu...laknatULLAH keatas kamu dan mbah rawa kamu...bangsat

      Delete
  2. aleh macai PAS.. sensitif sgt bab parti depa.. bendera ja pun.. yg korang duk pijak gambar Najib dgn cina kafir DAPig 3 thn lepas tu tak de rasa hina pulak?

    bangsa PAS lahanat ni sama je dgn bangsa Cina yg duk hina Melayu dn Islam.. dua2 perosak negara. cuma beza skrg PAS hilang pangkat sbg MACAI tetap DAPiG.. tp ruh jahat tu sama je.

    esok lusa dh kuat balik.. di ganyangnye UMNO pijak ludah bndera parti UMNO/ musuh mereka rilek je.

    Elok leh jual byk2..bg bangsa PAS ni rase sikit cmne duk hina org selama ini.. kena hina pulak rasa best tak!

    ReplyDelete
  3. Yaappaddaa Pak Justan

    Kau demam ke nak koma?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com