innity

pages

Monday, November 14, 2016

Nik Abduh PAS BERGANDING BAHU dengan Salleh Keruak UMNO BALUN Tun M: minta Dr M ke tikar sejadah


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz menasihatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya 'kembali ke tikar sejadah' serta memperbanyakkan ilmu agama berbanding berpolitik.
Ia ekoran pelbagai kenyataan dibuat pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu yang dilihat "ikut suka"  dan memandangkan negarawan itu kini sudah tua, kata Nik Abduh.
"Tun Mahathir ni dia komen ikut suka dia je. Dia ni orang tua. Dia yang sekat royalti Kelantan kemudian nak bagi royalti. Dia yang penjara (bekas ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kemudian nak bebas Anwar.
"Masa dia ada kuasa dia tak buat, masa dia tak ada kuasa dia sebut.
"Tun Mahathir lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak belajar agama, itu lebih baik untuk dia dari ulang (cakap) politik.
"Bagi saya, dia ulang apa yang dia nak buat benda yang dia tak buat masa dia ada kuasa. Benda ini menyusahkan anak muda," katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai pidato Mahathir pada Konvensyen HARAPAN Sabtu lalu yang berkata, mana-mana pihak yang memusuhi gabungan pembangkang itu boleh dianggap sebagai penyokong Najib.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pada Sabtu lalu turut membidas Dr Mahathir sebagai terlupa fakta sebenar bahawa PAS dipinggirkan oleh gabungan pembangkang selepas bertelagah dengan DAP dan bukannya diberi dedak.
Selain itu, anggota parlimen Pasir Mas itu berpendapat situasi politik ketika ini tidak digemari golongan muda.
Sehubungan itu, katanya adalah lebih jawatan perdana menteri diserahkan kepada golongan muda.
"Saya ingat anak muda tak selesa dengan politik Malaysia hari ini yang pemimpin banyak terumbang ambing.
"Pandangan saya perdana menteri Malaysia patut bagi pada orang muda je," katanya lagi. - MK

4 comments:

  1. Berhajatlah tu nak jd mo1...kata nak jd penasihat je?...knp ye tidak nasihatkan org yg paling rapat dgn dia berhenti cakap politik krn faktor umor n kesihatan? Nak menasihatkan tdm pulak? Bila nak bentangkan ruuu

    ReplyDelete
  2. Berhajatlah tu nak jd mo1...kata nak jd penasihat je?...knp ye tidak nasihatkan org yg paling rapat dgn dia berhenti cakap politik krn faktor umor n kesihatan? Nak menasihatkan tdm pulak? Bila nak bentangkan ruuu

    ReplyDelete
  3. Yang penting HARAPAN terus berjuang beri info dan kesedaran pada rakyat
    Penting nya hapus dan hancur umno bn najib rosmah

    ReplyDelete
  4. Cakap kat nik bodoh ..makan duit haram lagi teruk. Ada janggut kambing dan lekuk kat dahi tak jamin masuk syurga. Org ulamak tak kutuk org lain. Nik bodoh ni patut bertaubat. Dia dulu masuk neraka kalau tak betul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com