innity

pages

Sunday, November 20, 2016

[NETIZEN SEBAK, TERSENTUH HATI] "Saya risau, dia tak boleh kena hujan," cerita di sebalik Bersih 5



DI sebalik riuh rendah perhimpunan Bersih semalam, ada satu kisah menyentuh perasaan yang menjadi perkongsian viral di laman sosial.

Kisah itu membabitkan pasangan yang cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad dan Tun Dr.Siti Hasmah Mohd Ali.

Cerita itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang juga seorang blogger, Adam Mukhriz Muhayeddin, yang menyaksikan sendiri situasi itu.



Kata Adam, ketika mendengar Tun Mahathir terbatuk-batuk ketika sedang berucap, Tun Siti Hasmah yang berada jauh dari tempat suaminya berdiri, tidak dapat menyembunyikan rasa risaunya dan meminta agar dibawa ke tempat suaminya.

Namun kerana keadaan di lokasi ketika itu yang agak sesak, permintaan itu tidak dapat ditunaikan.

Tidak habis di situ, sewaktu hujan mula turun, Tun Siti Hasmah sekali lagi menyuarakan kebimbangannya.

"Saya risaukan suami saya, dia tak boleh kena hujan," katanya.
Apa yang berlaku itu, kata Adam, menunjukkan betapa kuatnya kasih sayang antara pasangan suami isteri itu, selain menyifatkan Tun Siti Hasmah sebagai isteri 'satu dalam seribu'.

Netizen rata-ratanya sebak dengan cerita tersebut dan berpendapat Tun Mahathir sangat bertuah memiliki seorang isteri seperti Tun Siti Hasmah, dan mereka sebenarnya saling menyokong dan saling melengkapi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com