innity

pages

Tuesday, November 8, 2016

Najib ada di Parlimen MALAM TADI, tapi tak hadir bahas, undi Bajet 2017


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di Parlimen malam tadi, tetapi tidak mengikuti penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan atau Bajet 2017 dan meninggalkan dewan sebelum pengundian dijalankan.
Najib tiba ketika Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani mengakhiri perbahasan peringkat dasar, pada kira-kira 8.40 malam tadi.
Beliau dilihat melalui pintu utama yang menuju ke Parlimen tetapi tidak berada di Dewan Rakyat.
Adalah dipercayai bahawa beliau sebaliknya menuju ke kamar Speaker.
Semasa perbahasan, Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) secara terbuka mencabar Najib untuk hadir dan menjawab soalan-soalan mengenai 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion yang diterimanya.
"Mana PM? Mengapa dia bersembunyi di sana (kamar Speaker)? "soal Gobind meminta penjelasan.
Gobind ingin tahu status siasatan polis ke atas 1MDB, serta kepada siapa Najib memulangkan wang AS$620 juta daripada AS$681 juta yang didakwa diterimanya sebagai derma.
Johari gagal menjawab soalan berhubung siasatan itu, dan berkata ia masih dalam siasatan, sementara beliau tidak menyentuh soalan mengenai sumbangan ‘derma’ berkenaan.
Tidak lama kemudian, Najib kelihatan bergegas meninggalkan Parlimen. Pada ketika itu, Johari baru mengakhiri ucapan penggulungannya dan ini disusuli dengan undian belah bahagian atau secara blok.
Bajet kemudiannya diluluskan pada peringkat jawatankuasa, dengan 117 undi menyokong dan 70 undi menentang.
Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata 11 ahli parlimen tidak mengundi. - MK

5 comments:

  1. Najib dalam situasi tidak selesa ketika ini.Maklumat tertentu sekarang ini menunjukkan gerakan dari dalam semakin agressif untuk jatuhkan dia..Bukan pihak pembangkang sahaja yg terlibat..Tapi dari dalam..BN dalam keadaan kalut kerana rakyat semakin marah dengan situasi ini. Peniaga pun mula terkesan jualan merundum teruk..Jualan murah terpaksa dibuat.Masyarakat serta peniaga India merungut..Deepavali tahun ini yg begitu suram adalah kesan berangkai ekonomi yg suram..Semua lapisan terlibat..Najib tidak tahu tindakkannya akan memberi kesan besar kepadanya..Dia berada dalam situasi yg sukar..Orang kelilingnya memendam rasa bila ditanya soalan yg sama dan baru yg sukar dijawab dengan logik dan tak nampak kurang cerdik di mata rakyat..Org BN dalam keluh kesah..Komen negatif Bn menyamar pembangkang merupakan strategi yg tak menjadi..lupakan..lupakan..bawa bertenang..Shhh org BN datang..

    ReplyDelete
  2. Pondan pm kau ni. Cakap sorang2 dia beranilah. Nasib bini besar. Bolejlah sorok belakang bini. Nama je anak razak tapi bahlol nak mampus

    ReplyDelete
  3. Hancur umno hancur bn
    kentap najib bn lenyap balaci macai umno
    Muflus umno bankrap bn

    Keris pahang

    ReplyDelete
  4. Macai balaci dedak umno bn hancur
    Harapan terus desak asaj ganyang hentam boikot bantahan dasar bn umno

    Pasti menang
    Pasti gemilang penuh

    Keris pahang

    ReplyDelete
  5. Hantar komen sokmo tapi tak publish...emmmm
    Keris pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com