innity

pages

Tuesday, November 22, 2016

Naib Presiden PAS: TAK PERLU KERJASAMA PAS-UMNO, bubar UMNO dan sertai PAS


PAS mengesyorkan supaya UMNO dibubarkan dan mempelawa ahli-ahli serta pimpinan tertingginya menyertai parti itu, kata Naib Presidennya, Ustaz Idris Ahmad.
Ia berikutan susulan daripada cadangan dan pelawaan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam, berhubung kerjasama politik antara dua parti (PAS-UMNO) sebagai usaha memperkukuhkan hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di Malaysia.
“Kami belum terlintas mahu kerjasama dengan UMNO. Kita tidak pernah bincang dan terfikir perkara itu.
“Kalau begitu saya cadangkan supaya UMNO bubar dan mari sertai PAS. Itu lebih mudah daripada wujudkan kerjasama sebegitu. Tak perlulah nak jalin kerjasama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Jamil Khir sebelum ini berkata, kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.
Malah katanya, cadangan itu akan dibawa beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2016) yang dijadual berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember nanti.
Mengulas lanjut perkara itu, Ustaz Idris berkata, PAS masih berpegang dengan pendirian mereka untuk tidak akan menjalinkan sebarang hubungan politik terutama UMNO.
“Dan kami masih berada di blok pembangkang. Antara PAS dan UMNO masih berada pada posisi yang berlainan,” katanya.

4 comments:

  1. Idris Ahmad ni lupa nak pandang kebahunya sendiri...... kita berusaha membaikkan keadaan demi kesatuan melayu dia sibuk mengikis dan mengukir retak baharu.... ketika waktunya UMNO memegang banyak dan majoriti kerusi pun UMNO tidak lupa mengajak PAS kpd penyatuan.... tapi ni dlm keadaan PAS yg hilang banyak kerusi sebab ramai berpaling tadah ke PAN pun masih sombong taksub dan takjub dgn diri sendiri dengan mimpi seolah2 dialah abang besar. Cukuplah....Allah telah memberi peluang penyatuan. Rapatkanlah ukhwah tampa sebarang syarat. Celah Gelegar jgn jd pengadu Domba.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro. Betul kata Idris tu. Bubar umno kita ramai2 masuk pas.
      Sampai bila nk bersekongkol dgn kleptokrasi ? Melawan kemungkaran itu tanggong jawab sstiap muslim.

      Delete
  2. Hidup pas tumbangkan umno.
    Mudah kan ?

    ReplyDelete
  3. Hidung tak mancung....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com