innity

pages

Saturday, November 12, 2016

[MESTI DARI PARTI YANG MENANG KERUSI TERBANYAK] Calon PM? Dr M kata tunggu dulu, Parti Amanah Jangan Lebih Lajak daripada Laju


Belum masanya - itu pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Bercakap pada sidang media di Shah Alam hari ini bekas perdana menteri itu berkata calon perdana menteri mestilah datang daripada parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Kita tak boleh namakannya sekarang," katanya.
Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai calon perdana menteri daripada pakatan pembangkang itu jika mereka berjaya menumbangkan BN pada PRU ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
Sebelum ini HARAPAN menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka. Bagaimanapun kedudukan bekas timbalan perdana menteri itu yang masih dipenjara tidak memungkinkan beliau dilantik ke jawatan berkenaan secepat mungkin.
Justeru dalam keadaan begitu seorang tokoh lain perlu dipilih untuk menggalas tanggungjawab berkenaan - sekurang-kurangnya secara sementara.
Dalam keadaan begitu beberapa nama telah disebut, termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
HARAPAN mengadakan konvensyen pertamanya di Shah Alam hari ini dan BERSATU hadir sebagai sekutu baru pakatan berkenaan.
Terdahulu Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub berkata HARAPAN perlu menyediakan seorang tokoh perdana menteri sementara ekoran kekangan perundangan dihadapi Anwar.
"Dalam pilihan raya akan datang calon utama adalah Anwar. Ini perjanjian kita yang perlu dihormati tetapi nak bebaskan Anwar kita perlu pergi ke Putrajaya.
"... sebelum Anwar dibebaskan kita perlu ada seorang perdana menteri yang menunggu dulu, setuju?" soal Salahuddin disambut sorakan setuju dari perwakilan.
Mengulas lanjut Salahuddin berkata bagi tujuan tersebut konvensyen Pakatan Harapan hari ini boleh memutuskan siapa perdana menteri sementara itu.
"Tua atau muda, siapa mereka mungkin ada dalam dewan ini rakyat nak lihat, siapa dia sebelum Anwar bebas?
'Kita tegaskan perdana menteri kita adalah Anwar tetapi konvensyen ini boleh putuskan dalam apa cara sekalipun," kata Salahuddin.

4 comments:

  1. zaman anuar dah berlalu, tak layak pon jadi PM, peliwat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tak setuju anuar jadi PM. prestasi dia dalam cabinet dulu pun ada isu

      Delete
  2. Pencuri, scammer lg hina

    ReplyDelete
  3. Apa sengal si Salahsardin nih ahhhh??? Tak reti nak belajar ke kenapa dua penggal walau hampir dapat tawan Putrajaya tetapi tetal GAGAL!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com