innity

pages

Tuesday, November 29, 2016

Menteri cadang wujud MRSM berbayar


 
PUTRAJAYA - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau telah memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Beliau berkata, ini kerana beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.

Permohonan kemasukan ke MRSM kini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendatan rendah terutama dari luar bandar.

"Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.

"Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya," katanya kepada pemberita pada majlis perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu semasa berucap pada perhimpunan itu, Ismail Sabri berkata,   pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan memasuki MRSM mulai tahun depan. - Bernama

7 comments:

  1. Macai macai balaci balaci pendedak pendedak umno bn BERSATU.....pecah hancurlah ...tu.....
    KERIS

    ReplyDelete
  2. kalau nk buat yang berbayar..wujudkan la yang swasta..tak payah nak kacau mrsm..kerjanya nk kutip duit rakyat je dia ni...

    ReplyDelete
  3. MRSM berbayar dgn keutamaan diberi kpd org miskin dr luar bandar? Ada sesuatu yg x kena di sini...menteri tersilap cakap atau reporter tersalah lapor? Atau mmg benar org miskin kena bayar kalau anak nk dpt pelajaran yg lebih advance? Kalau benar then memang 'terbaiklah' pentadbiran hari ini..

    ReplyDelete
  4. Mohon admin abaikan komen terdahulu. Saya tersalah faham..

    ReplyDelete
  5. Iedeas yg terdesak ..membawa masaalah yg lebih besar dikemudian hari...cukuplah mengarit...tapi bukan dlm pelajaran anak anak...yg bakal jadi pemimpin...nanti. kalau gatal sangat gusi..tubohkan sekolah pretasi tinggi berbayar..jgn usik perjalanan mara yg dah menampakkan hasil..tooloooonglah!

    ReplyDelete
  6. Itukan cadangan..kalau baik dan rakyat terima dan sanggup bayar..apa kah jadahnya korang nak marah2?

    ReplyDelete
  7. Elok jugak berbayar sb mrsm kenalah lebih berkualiti sb bayar.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com