innity

pages

Tuesday, November 1, 2016

MENTERI: Air mineral LEBIH MAHAL daripada minyak masak subsidi


Air mineral mungkin lebih mahal berbanding minyak masak jika subsidi minyak masak dimansuhkan sepenuhnya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Bercakap di Dewan Rakyat semasa sesi Soalan Menteri, Hamzah menafikan bahawa subsidi minyak masak telah dimansuhkan sepenuhnya.
Katanya, kerajaan masih memberi subsidi bagi beg palstik 1kg minyak masak yang dijual pada harga RM2.50.
Kementerian itu mengandaikan setiap individu hanya menggunakan satu setengah kilogram minyak masak bagi setiap bulan.
Berdasarkan ini, Hamzah berkata walaupun subsidi dikurangkan, dan harga minyak masak meningkat kepada kira-kira RM4 sekilogram, ia hanya peningkatan RM2.25 dalam perbelanjaan bagi setiap individu.
“Padahal dia (pengguna) beli mineral water yang tiap-tiap hari dia minum harga melebihi daripada harga minyak masak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyangkal dakwaan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang berkata rasionalisasi subsidi minyak masak akan menyebabkan perbelanjaan meningkat kepada sebanyak RM50 seorang setahun.
Sebotol air mineral 500ml adijual pada purata dijual kira-kira RM1.20, manakala botol 1.5 liter pula dijual kira-kira RM3. - MK


2 comments:

  1. Perbandingan yg tidak kna..... Air mineral n minyak masak. Individu mungkin guna dlm 1kg tp yg meniaga msti guna lebih dr 1kg

    ReplyDelete
  2. Boleh ke goreng karipap dgn air? atau bila dahaga kita minum minyak? Air lebih murah dan senang dapat perbandingan apa mcm ni..kalau nk banding sgt biarlah diantara minyak kelapa sawit vs minyak jagung vs minyak bunga matahari,barulah sepadan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com