innity

pages

Wednesday, November 30, 2016

[MAHARAJA LAWAK MEGA] Tan Sri Shahrizat: "Saya dapat rasakan kesucian hati Najib"


KUALA LUMPUR - "Saya amat mengagumi semangat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Shahrizat, beliau dapat melihat kesucian hati Najib dalam meneruskan usaha membantu rakyat di negara ini.

Berkata lanjut, Shahrizat mengingatkan Wanita Umno supaya mencontohi semangat waja yang ditunjukkan Najib.

"Wanita (Umno) perlu bijak kenal pasti keperluan semasa rakyat.

"Kita perlu berani perjuangkan hak untuk terus berkebajikan kepada rakyat," katanya ketika merasmikan himpunan Pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Difahamkan, seramai 997 perwakilan Wanita Umno dari seluruh negara telah hadir pada himpunan tersebut.
Menurut Shahrizat lagi, sekiranya Wanita Umno terus kuat menabur bakti kepada rakyat, parti itu tidak akan ada masalah untuk berdepan dengan mana-mana parti serpihan selepas ini.

"Politik hari ini tidak sama seperti politik 70 tahun dahulu.  Politik hari ini berdepan dengan cabaran luar biasa.

"Selepas diteliti, politik di negara ini juga berdepan dengan situasi yang sama. Maka dengan itu, sebagai ibu terbaik bangsa, kita harus menangani terbolen politik ini dengan wadah yang bijaksana, dan wasilah yang terpimpin," tegasnya lagi.

11 comments:

  1. Hasil lembu yg kreatif!!

    ReplyDelete
  2. INI PENJILAT TEGAR......dapatlah pinjam duit 1 b illion
    pulajk untuk bela KINZIR

    ReplyDelete
  3. Kaki bodek...tk bodek sakitlah nk cari mkn.

    ReplyDelete
  4. Kami memang dapat rasakan kau penjilat tegar..takde maruah punya orang!

    ReplyDelete
  5. Penjilat bajib dan semah gedempol..
    KERIS

    ReplyDelete
  6. Anak mami ni semakin tua semakin huduh.Dah takda aging with grace.Inner beauty kosong dalaman terlalu kotor.

    ReplyDelete
  7. ni la yg dikatakan perhimpunan utk mengampu tuan presiden takut2 missed syuru

    ReplyDelete
  8. Ahli UMNO ramai yang Graduate dari University Of Angkat...

    ANGKAT BODEK LANUN BUGIS PENYAMUN 1MDB!!!

    ReplyDelete
  9. Dah jijat JILAT sampai licin...tentulah DAPAT RASA. Kan? kan?

    ReplyDelete
  10. Giler shahrizat ni. Kaki samun memang rasa kesucian kaki samun 1mdb. Kesian wanita umno ada ketua macam ni.

    ReplyDelete
  11. Kesian umno...melalak2 la ke 3 sayap..namun hakikat ahli umno dh layu dlm beri sokongan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com