innity

pages

Monday, November 7, 2016

[MACAM JILAKE] ‘Kena marah’ isu cukai, Nora Danish dakwa ‘diputar belit’


KUALA LUMPUR, 7 Nov — Nora Danish mendakwa ada pihak “memutar belit” kenyataannya berhubung saranan pelepasan cukai untuk penggiat seni.
Kecewa dipertikaikan orang ramai susulan kenyataannya di sebuah akhbar, pelakon itu juga menegaskan beliau seorang yang patuh membayar cukai.
“Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora.
“Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” kata pelakon filem Gudang Kubur di Instagramnya.
Beliau juga memuatkan beberapa hashtag atau kumpulan kata kunci, termasuklah #haruslahbayarcukai dan #sayabayarcukai.
ProjekMMO sebelum ini menghubungi seorang pegawai pelakon tersebut tetapi dimaklumkan beliau tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana berada di luar negara.
Dalam wawancaranya di Utusan Malaysia, Nora dilaporkan mencadangkan LHDN memberikan pelepasan cukai bagi menampung kos “penampilan diri” untuk selebriti dan artis.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak disenangi pengguna internet apabila berita ini menjadi viral. Beberapa blog membuat tanggapan seolah-olah golongan artis boleh mengelak cukai.

Berikut petikan penuh sebahagian temubual Nora bersama akhbar tersebut berhubung isu cukai yang kini mengundang kontroversi.
Soalan: Sebagai antara artis yang berjaya dalam bidang lakonan dan perniagaan, ketika ini juga ramai artis sedang “dikejar” oleh LHDN, Nora bukan salah seorang daripadanya?
Nora: Macam saya cakap, dikejar itu tidaklah. Sebab saya membayar cukai pada waktu yang sudah ditetapkan. Bagi saya jumlah yang perlu dibayar tidaklah terlalu mengejutkan.
Ini memandangkan saya sudah membayar sejak dari awal, setiap tahun, jadi ia masih dalam jumlah yang okay sebab tiada tunggakan.
Soalan: Ada juga artis yang lari daripada cukai ya, bagaimana Nora melihat isu ini?
Nora: Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita. Cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.
Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami. Kalau boleh pihak LHDN pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan dengan khalayak.
http://www.themalaymailonline.com/

1 comment:

  1. Adoi si Nora nie....Rupa nya elok, tapi mulut nya... Adoi!

    Kita lelaki senang aje nak settle kan perempuan bermulut neraka macam dia ni...kita bagi sumbatkan aje! Mesti diorang perempuan terus diam seribu bahasa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com