innity

pages

Wednesday, November 9, 2016

[LAWAN KORUPSI, BLACK MONEY] PM India, Narendra Modi umum duit kertas 500 dan 1000 rupees TIADA NILAI mulai hari ini


MODI mula tunjuk kuasa, korupsi hilang tawa, rakyat tidur tak lena.”
Semalam, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan duit kertas 500 dan 1000 rupees tidak akan memiliki nilai lagi mulai hari ini.
Wang ini akan digantikan dengan nilai yang baru yang lebih canggih, dijangkakan akan mula digunakan pada Februari tahun hadapan.
Kata Modi, tindakan ini bertujuan untuk melawan korupsi, duit palsu dan memerangi mereka yang mempunyai ‘black money’.
Benarlah, jika mereka yang terlibat menyimpan jumlah wang rupees 500 dan 1000 setinggi bangunan, ia pasti memberi impak besar kepada mereka. Umpama peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat, kini peristiwa 9/11 menimpa golongan yang menyimpan ‘black money’ dan duit palsu ini.
Bagaimanapun, mereka yang melakukan korupsi dan menyimpan ‘black money’ ini bukannya tidak cerdik. Mereka sudah pasti menyimpan wang mereka di luar negara terlebih dahulu.
Negara-negara ‘hard currencies’ pastinya menjadi pilihan. Perkara ini akan membuatkan mereka tidak menerima impak besar.
Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan The Swiss National Bank, mereka mengatakan sejumlah CHF 1206.71 juta tersimpan dalam bank mereka, dan wang itu milik rakyat India.
Terdapat juga laporan mengatakan, jika kita mengira jumlah keseluruhan ‘black money’ yang berada di luar negara sekalipun ia hanya akan mencecah 20 peratus  sahaja. Ini bermakna Modi akan berjaya menghapus sebanyak 80 peratus ‘black money’.
Itu jika kita  lihat dari sudut melawan korupsi, ‘black money’ dan duit palsu. Jika lihat dari sudut kesan terhadap rakyat India yang lain, pastinya mereka menghadapi pelbagai kesusahan.
Bagaimana dengan rakyat yang hendak mengisi minyak petrol kenderaan, namun menghadapi kesulitan kerana tidak memiliki wang kertas yang boleh digunakan. Begitu juga dengan kedai-kedai perniagaan, kedai ubat dan lain-lain, pastinya dalam tempoh dua hingga tiga hari ini mengalami kesukaran.
Betul, kita boleh pergi bank dan deposit duit kita, dan kemudian kita perlu keluarkan 100 rupees dalam kuantiti yang dihadkan.
Tetapi ingat, kita juga perlu mengambil kira populasi rakyat India yang begitu ramai yang akan berkumpul di bank. Lebih memburukkan keadaan lagi, kebanyakan bank akan tutup buat dua hingga tiga hari.
Banyak juga kelebihan dan keburukan yang kita dapat cari dan lihat. Apa-apa pun, saya secara individu kagum dengan tindakan Modi. Dia ibarat menjadi ‘Don’ dalam membasmi korupsi, dan black money di India. Tindakan yang sangat berani, kerana tindakan beliau pasti memberi kesan dari sudut ekonomi dan  pengaruh politik yang akan berubah sedikit sebanyak selepas ini.
Buat kami pelajar-pelajar di sini, perlulah segera menuju ke bank dan uruskan urusan deposit  500 dan 1000 rupees kami. Doakan urusan kami dipermudahkan. Untuk pengetahuan semua, 500 rupees itu lebih kurang RM30.
Apa-apa pun, lepas ini sama-sama kita nantikan perkembangan dan lihat apa perubahan yang akan berlaku di India.
Najmi NawawiAktivis Isma

- ismaweb

1 comment:

  1. You have know idea how Modi came about, became Prime Minister after being blacklisted, labeled a terrorist and flagged from entering America yet the US had to licked its own spit and welcome Modi into the United States and had a better selfie with Mark Zuckerback!

    If you care to look closely, the corruption buster is a smokescreen quite similar to what Johari FM II currently putting his head on the chopping board....

    And this, could just be a precedence Bugis-Pirate is hoping for upon a successful rigged GE14.....and this we should all dread!

    MLN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com