innity

pages

Saturday, November 19, 2016

[LAUTAN KUNING] 4.20 pm: Jumlah Peserta #Bersih5 30,000 di KLCC

4.20pm: Kuala Lumpur -  Penyokong BERSIH membanjiri KLCC sehingga melimpah sehingga Jalan Ampang.
Kumpulan dari Masjid Jamel juga tiba di KLCC menggunakan LRT. Ramai lagi yang menunggu giliran untuk ke Menara Berkembar Petronas.
Peserta di sini mencecah angka 30,000 orang.
Di Jalan Tun Perak, kira-kira 1,000 penyokong BERSIH masih berada di situ, kebanyakannya aktivis mahasiswa.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak takut menentang kerajaan zalim dengan melakukan tunjuk perasaan, walaupun beberapa pemimpin Bersih ditangkap.
Berucap kepada ribuan peserta dan penyokong Bersih 5 di Dataran KLCC di sini sebentar tadi, beliau yang baru pulang dari luar negara berkata, Malaysia sedang mempunyai sebuah kerajaan yang zalim, dipimpin oleh penyangak, penyamun dan perompak.
“Saya bersyukur kerana dapat balik awal (dari luar negara), sempat mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan… saya datang terus.. belum balik rumah lagi kerana ingin hadir dalam tunjuk perasaan yang halal dan bersih.
“Kita sedang mempunyai sebuah kerajaan yang zalim… undang-undang negara tidak menghalang rakyat untuk tunjuk perasaan, tetapi Najib telah tangkap pemimpin-pemimpin kita.
“Tujuannya ialah supaya kita semua tidak berani keluar bersama-sama untuk mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan. Saya bangga tuan-tuan dan puan-puan sanggup berkumpul beribu-ribu di sini… jelas tidak takut… berani kerana benar,” katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mencuri wang kerajaan, termasuk RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi beliau.
“Kerajaan kini diperintah oleh perompak, penyangak dan pencuri.. dia tak pegang sistem demokrasi.. sekarang ini dunia mengenali Malaysia sebagai kleptokrasi… apakah dia kleptokrasi?
“Kleptokrasi adalah sebuah negara yang dipimpin oleh penyangak, penyamun dan perompak.. kita lihat yang dapat banyak habuan masih menyokong Najib… mereka tidak malu mencuri duit rakyat.. curi duit rakyat dan kembalikan semula keada rakyat melalui BR1M,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya rakyat bangkit dan berusaha menjatuhkan kerajaan yang zalim ini kerana Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri.
“Masa sudah tiba untuk kita berusaha menjatuhkan kerajaan yang zalim ini.. Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri… dia menyalahgunakan kuasa… buat perkara yang bercanggah… sekarang ini tidak ada undang-undang lagi… Najib boleh buat apa saja… cuba menakutkan kita… ini bukan hak Najib sebagai Perdana Menteri.. ini adalah salah guna kuasa dan salah guna undang-undang,” katanya.
Beliau berkata, jika rakyat Malaysia tidak bertindak, najib akan mencuri lebih banyak duit lagi dan rakyat tentunya tidak mahu seorang pencuri menjadi Perdana Menteri.

Lautan kuning membanjiri Jalan Ampang berhadapan bangunan KLLCC. #bersih5

10 comments:

  1. Himpunan yg bole.kata banyak setelah era reformasi berlalu.... nnpk banyak tapi era reformasi lagi banyak.. ini satu kelebihan pada BN/ UMNO kerana Tin DrM ada proksi boboi... aljuboori nak campak kemana pula... gema reformasi sudah mati... jijah.. nurul..nuha di mana ko...

    kelebihan pada BN UMNO.... sbb siapa pilihan sebenaarnya boboi/ aljuboori/ pp lebam...?

    ReplyDelete
  2. KEMENANGANNPADA BERSATU.. BOBOI.. MARINA GEREJA...DANNOP LEBAM.... MAKA ARI INI LAUNGAN RE-FOR-MA-SI BERKUBUR SUDAH.. MANA PERGINYA JIJAH...NURUL...NUHA..ADAM ROSLI..MAK LAMPIR..ASSMIN...PAN DAN MAT SABU..?

    ARINNI SAH SUDAH ISTANA SEGAMBUT BERKUBUR DAN YAHUDI SOROS/ ROTHCHILD DAPAT PENGANTI ALJUBOORI DYNASTI...

    SOROS DUDAH DAPAT ANJING DAN BARUA BARU MEREKA IAITU DYNASTI MAHA MEGA "BATUAPI" MEDDEY KUTTY TAHAP DEWA... BOBOI DAN MARINA GEREJA AKAN MENGUASAI POLITIK PEMBANGKANG MALAYSIA

    KELEBIHAN YG BESAR PADA KERAJAAN BN/ UMNO SEBENARNYA ... SBB PUAK MURTAD BARUA YAHUDI AKAN BERBELAH BAHAGI SAPA YG PATUT JADI KETUA MEREKA...BOBOI/ ALJUBOORI ATAU PP LEBAM..?

    PRU 14 SATU KELEBIHAN BESAR UNTUK KERAJAAN ISLAM UMNO/BN.....

    ReplyDelete
  3. Ramai nya.... Wow.....

    ReplyDelete
  4. kerajaan islam umno/bn diterajui oleh penyangak yang telah songlap rm2.6b ke dlm akaun peribadinya...

    ReplyDelete


  5. Kalau begini la tahap komen dan pemikiran penyokong UMNO/BN, patutlah ramai ahlinya dah keluar meninggalkan parti itu. Pathetic.

    ReplyDelete
  6. Bye umno bn. Aku dan keluarga menyokong bersih.

    ReplyDelete
  7. Himpunan Bersih tak berjaya pun hari ini..setakat ramai je pakai baju kuning dan berarak di jalan raya saya tengok.. takde pun najib letak jawatan.. parti BN masih memerintah Malaysia...untuk hari ini..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib muka taktau malu...

      Nabi SAW ada berpesan "Sifat Malu itu sebahagian dari Iman"

      Rasa2 nya Najib ni beriman ke?

      Tengok Rosmah tuu...ada ciri2 wanita yg beriman?

      Fikir2 kan lah..

      Delete
  8. Najib still PM malaysia weiii......kahkahkah

    ReplyDelete
  9. Kenapa merah cepat balik takut ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com