innity

pages

Monday, November 21, 2016

Laporan audit: Syarikat dapat kontrak korek terusan TANPA kelulusan Kabinet

Sebuah syarikat yang diberikan kontrak untuk kerja pengorekan di terusan dasar laut dilantik tanpa kelulusan Kabinet, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri kedua yang dibentangkan hari ini.
Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menyatakan kerajaan menandatangani perjanjian konsesi eksklusif dengan Malaysian Maritime & Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC) pada Oktober 2005.
Kerja pengorekan itu membabitkan aktiviti mendalamkan dan melebarkan bagi tujuan menyelesaikan masalah seperti terusan sempit untuk memastikan keselamatan kapal dagang yang belayar menerusi perairan Malaysia.
“Tempoh perjanjian itu ialah 15 tahun dari 19 Oktober 2005 hingga 18 Oktober 2020. Setakat pada Disember 2015, kontrak bernilai RM507.77 juta itu diberikan kepada MMDC oleh Kementerian Pengangkutan,” katanya.
Bagaimanapun, laporan audit itu mendapati pelantikan MMDC bagi kerja pengorekan dibuat tanpa justifikasi yang betul kerana ia baru diperbadankan dan tanpa kelulusan Kabinet.
Ia juga menyatakan kapal yang dibekalkan dan jentera sudah lama dan berada dalam keadaan teruk serta selalu rosak.
“Ini menunjukkan komitmen MMDC tidak memuaskan,” kata laporan itu.
Laporan itu juga menyatakan penggunaan kapal asing tidak selaras dengan objektif Perjanjian Konsesi itu untuk memastikan MMDC menggunakan peralatan tempatan sepenuhnya.
Ia juga menyatakan MMDC mengutamakan kerja pengorekan di kawasan cetek berbanding di kawasan kritikal.
Ambrin berkata kerajaan membelanjakan kira-kira RM5.77 juta ketika kontrak untuk projek Terusan Sungai Bagan itu ditamatkan secara persetujuan bersama. Meskipun membelanjakan wang sebanyak itu, objektif projek itu tidak tercapai.
Dalam syornya, ketua audit mendesak Kementerian Pengangkutan mematuhi arahan Kementerian Kewangan dengan menyerahkan Kertas Kabinet mengandungi pelantikan konsesi pengorekan.
Ketua audit juga mendesak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Marin, yang terletak di bawah kementerian itu untuk mengenakan kadar berdasarkan kepada kedalaman kritikan dan kerumitan berbanding kadar sama bagi setiap blok pengorekan.
Katanya, Jabatan Marin perlu memastikan MMDC menggunakan kapal bersesuaian untuk kerja mengorek bagi mengelak kekerapan kerosakan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com