innity

pages

Saturday, November 12, 2016

[KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB

SINGAPURA: Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura.
Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa.
Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015.
“Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015.”
Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti.
Pegawai CAD itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments di Abu Dhabi, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, turut disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram.
Husseiny digantikan sebagai ketua eksekutif Aabar Investments tahun lalu, selepas memegang jawatan itu sejak 2010.
Yeo memberitahu mahkamah, Jho Low adalah pelanggan utama BSI dan memperkenalkan 1MDB kepada bank swasta itu.
Reuters gagal menghubungi Jho Low, Eric Tan atau Husseiny.
Yeo turut berdepan 7 pertuduhan berasingan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan yang akan dibicarakan tahun depan.
Bank pusat Singapura mengarahkan operasi BSI ditutup pada Mei lalu dan meminta Jabatan Peguam Negara menyiasat 6 pegawai kanan pengurusan dan pekerja BSI.
Perbicaraan Yeo berakhir hari ini. - FMT

8 comments:

  1. Percayalah kpd siasatan pihak luar. Kenapa tak percaya kpd kerajaan kita?..pelik yer..tapi benarkah pihak luar telus atau ada ajenda tersirat untuk
    jatuhkan kepimpinan kerajaan kita yg sedia ada. Ini bukan kah penjajahan bentuk baru kpd negara kita??..buka minda dan fikir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1.13
      Ini bukan pencerobohan tentera macam di Iraq zaman Saddam Hussein. Ini berkenaan dgn jenayah wang haram yg melibatkan perbankan.

      Semua bank termaktub di bawah undang2 perbankan yang mengharamkan kegiatan pengubahan wang secara tidak sah yg melanggar undang-undang.

      Pihak berwajib tidak akan sewenang-wenangnya nak arah satu-satu bank tu ditutup tanpa ada bukti yg kukuh atas satu2 penyelewengan. Jika tidak ada bukti, pihak bank boleh bawa kes tersebut ke mahkamah untuk saman pihak yg mengarahkan bank itu ditutup.

      Ini bukan zaman lepas perang sedara, ini dah 2016. Semua maklumat berkaitan dgn perbankan disimpan di dalam komputer. Semua transaksi disimpan dalam perisian komputer elektronik. Jadi maknanya setiap keluar masuk wang, tarikh, masa, nombor akaun semuanya tercatit dan disimpan secara auto dalam fail=fail kompputer.

      Di situlah letaknya money trail atau perjalanan wang dapat dikesan yg menjadi bukti jika ada penyelewengan.

      Jadi Encik Anon 1.13, jangan cepat melatah mengatakan ini satu bentuk penjajahan baru. Jika keputusan siasatan itu melanggar undang2, pihak bank atau individu2 yang didakwa tu boleh saman balik pihak yg mendakwa.

      Terdapat negara lain juga yg buat siasatan terhadap pengubahan wang yg berkait dgn 1MDB selain Singapura dan Swiss. Apa buktiknya semua negara2 yg terlibat dalam siasatan tu hendak menjajah Malaysia??

      Kalau Malaysia ada maruah kenapa kita tak keluarkan bukti-bukti yg menunjukkan 1MDB tidak terlibat dgn pengubahan wang haram sebagaimana yg didakwa oleh semua negara2 tersebut???

      Kenapa kita menolak untuk bekerjasama dgn pihak Swiss yg menyiasat?? Bukankah ini masanya untuk kita buktikan bahawa 1MDB itu bersih lagi suci dan semua dakwaan tu adalah fitnah dan sampah semata. Kenapa tak ambil kesempatan ini untuk buktikan kepada pihak2 yg menyiasat??

      Berhenti butakan mata sebab tandanya sudah ada di depan mata.

      Delete
    2. Buta mata otak bodoh hati gelap maruah takde...itu lah penyokong2 najib dan 1mdb

      Delete
  2. Buta apa kejadahnya..... dah makan dua tahun yang korang dok sebut2 nama si Joh Low sampai dah macam ulam lawan budu korang tu nak kata buta apa lagi.... dah nampak nama dia dah.... tapi apa payah sangat korang nak submit bukti pada pihak berkuasa?????....Tun sama... siap kata tak ada bukti. Kita lihat dulu apa yg akan berlaku kat SGP tu.... sebab yg dia bicara ialah kakitangan bank yg makan suap neh..... jauh daripada tu dia irg belum dapat pun apa2 yang katakan Najib atau kerajaan terlibat..... nak rompak duit rakyat..... jangan nanti korang senyap mcm tertelan guli yek..... report mana report....

    ReplyDelete
    Replies
    1. BODOH TAHAP CELAKA BABI HANTU RAYA CIBAI
      KALAU BAGI 15 LORI BUKTI TAPI YG NAK SIASAT DAN DAKWA TU ORANG NAJIB SAMAPAI KIAMAT PON TAK JALAN
      KP SPRM DITUKAR MASUK ORG NAJIB, GABENOR BNM DITUKAR MASUK ORG NAJIB, YG UTAMA PEGUAM NEGARA DITUKAR MASUK ORAGN NAJIB, ABIS TU MCM MANA NAK SAMAPI KE MAHKAMAH? KALAU SAMPAI PON MCM2 LAGI BOLEH BERLAKU DI MAHKAMAH KALAU SEMUA ORANG NAJIB

      Delete
    2. kesian suharli masrop, tak baca berita agaknya apa yg selama ni berlaku di malaysia, mcm baru keluar gua je

      Delete
    3. Sukahati hangpalah....... jgn ckp hakak tak payung.....

      Delete
  3. Sengaja buta. Sebab takde maruah.

    Orang minta kerjasama untuk cari si bangsat yang hina., dia tolak pula.

    Memang celaka punya manusia!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com