innity

pages

Wednesday, November 16, 2016

Kisah Sedih diceritakan oleh Cikgu Ghani: SUAMI DI PENJARA KERANA KAPUR KASUT ANAK


SUAMI DI PENJARA KERANA KAPUR KASUT ANAK.

Kelmarin seorang wanita ini yg mendokong anak,berpeluh mercik dimuka berdiri dipintu rumah saya.

Katanya,"Cikgu,saya datang nak minta tolong.Saya dah pergi ke kebajikan masyarakat,mereka suruh datang minta pada cikgu sebelum permohonan saya diluluskan.

Suami saya masuk penjara."Dia terhenti, sebak dan teresak.Bila saya bertanya sebabnya, dalam teresak berkata,"Dia ambik duit toke seratus ringgit.Anak minta beli kapur kasut,dia minta pinjam pada toke,dia tak bagi.Kena penjara 5 bulan.

"Mungkin anak ditegur oleh guru kerana kasut tidak berkapur,tidak kelihatan bersih,itu yg membuat ayahnya serba salah dan mengambil tindakan yg salah.

Bila saya bertanya samada suami penagih,dia mengatakan tidak,bahkan tak merokok.Anak 3 orang yg kecik 1 tahun masih menyusu badan dan perlu nestum,seorang lagi di tadika dan yg sulong darjah 2 di SK Berapit.

"Cikgu saya nak minta nestum untuk anak dan pampers,jika boleh beras dengan telor cukuplah untuk kami makan sementara tunggu suami keluar penjara.Saya nak kerja tak boleh kerana anak tak ada siapa boleh urus.

"Giliran saya pula yg kena kesat air mata.Pengalaman mengajar saya bahawa jika yg datang meminta makan,apalagi bila yg diminta hanya beras dan telor,demi Allah dia berkata benar.

Saya dah hantar keperluannya dg wang sedekah jariah rakan fb saya. Saya mohon kpd mereka yg membaca status ini mungkin boleh menjengok keluarga ini Amidah Mohd Nor,297C Kg Padang Buluh, Tikam Batu,Kedah.Tel 01118665691 Masuk ikut balai bomba Tikam Batu,terus kehujung jalan ada deretan rumah sebelah kanan,rumah warna hijau.

Saya akan terus bantu keluarga ini dengan wang projek sedekah jariah rakan fb saya,jika anda nak menyumbang, bank in saja akaun biasa 557410515106 maybank, jika berlebihan akan diguna untuk sedekah kpd yg lain pula.

Tolong jangan beri duit kpd saya khusus utk keluarga ini kerana saya lebih suka bertindak atas jamaah,bukan utk kepentingan seorang.

6 comments:

  1. Nak hantar bantuan wng melalui akaun bank perlu tahu nama pemegang akaun berkenaan dan juga alamat emailnya. Bukan semua oran ada akaun facebook.

    Harap dapat maklumat lebih lengkapa agar bantuan dapat dihulurkan

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulisan di atas sudah lengkap. Tak perlu email. Tak perlu fb. Pergi ke atm, tekan no akaun. Kalau betul akaun tu duit tetap ke alaun tu.

      Alamat dan no telpon pun dah di sediakan. Boleh ziarah keluarga tu kalau teringin.

      Bersimpati pun dapat melegakan.

      Delete
  2. Allah bagi peluang kpd yg berada utk buat pahala.

    ReplyDelete
  3. Baitulmal tido ke?

    ReplyDelete
  4. MUKRIZ BOTAK MANA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa pangge mukriz. Tokam batu bukan kawasan dia. Hang pangge la mat lena tolong. Dia kan MB la ni.. Bodo piang betoi la hang ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com