innity

pages

Wednesday, November 9, 2016

Kemenangan Trump: 'Lupakan sahaja kewujudan negara Palestin' - Menteri Israel


BAITULMAQDIS: Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.

“Kejayaan Trump membuka peluang buat Israel untuk serta merta menarik balik idea penubuhan negara Palestin di tengah-tengah wilayahnya, yang mana akan menjejaskan keselamatan dan perjuangannya," kata Bennet yang juga anggota  parti pelampau, Jewish Home.

Bennet jelas merujuk kepada wilayah Tebing Barat yang dijajahi Yahudi sekian lama.

BACA: Trump jamin Baitulmaqdis milik mutlak Israel jika dipilih jadi Presiden

LAPOR LANGSUNG Donald Trump dipilih sebagai Presiden AS ke-45

“Ini adalah pendirian presiden (Amerika Syarikat) yang dipilih. Era kewujudan negara Palestin sudah berakhir.”

Prime Minister Benjamin Netanyahu and Republican presidential candidate Donald Trump meeting at the Trump Tower in New York, September 25, 2016. (Kobi Gideon/GPO)
Sementara itu Menteri Kehakiman Israel, Ayelet Shaked yang juga dari parti yang sama, mahu Trump mengotakan janjinya untuk mengalihkan Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sesuatu yang lari dari pendirian Parti Republikan dan Parti Demokrat sebelum ini.

Tuntutan yang sama turut disuarakan Timbalan Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.

Namun masih belum ada sebarang reaksi dari perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Status Baitulmaqdis adalah satu daripada isu yang menjadi halangan dalam konflik Israel-Palestin dan rundingan penubuhan negara Palestin selama ini.
Rakyat Palestin melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka di masa akan datang, sementara Israel menganggap bandar itu sebagai ibu negaranya.

Dalam kempennya sebelum ini, Trump  pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. - Astro Awani

2 comments:

  1. Alkah sahaja yang berkuasa menentukan dunia masa depan
    Keris pahang

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com